Lirik Makuta - Kmy Kmo, Luca Sickta, Hazama

Lirik Makuta - Kmy Kmo, Luca Sickta, Hazama


dibentangkan
papan catur landasannya drama
bidaknya disusun yang utama
 
selendang dunia hanya maya
melindungi berjuta warganya
berilusi
jamahan matanya
perhalusi
jambatan matanya
 
sihir dibibir hadir bersifir,
si modenisasi singkirkan zikir dan witir berdikir sindir komunikasi,
sitkom konflik pandemik panik pelan covid,
komitmen konkrit,
eksperimen elemen komplit,
kompeten pada teknik,
semua skrip-skrip,
dalam zon-zon,
macam magis bola dan kon-kon,
tektik gary dan teknik semua di praktik,
sama sedondon,
tragiknya makin panik lebih dramatik kita menonton jadikan nasi kandungan plastik
kumpulan klasik penuh bertong-tong,
 
selendang dunia hanya maya
melindungi berjuta warganya
berilusi
jamahan matanya
perhalusi
jambatan matanya
 
bergelora jalanan hidup,
dipenjara jalanan hidup,
digembala aturan ini,
tanpa ruang suara ini,
seketika akur mengikut,
telunjuk yang tunjang pengikut,
haluannya dalam habuan,
tumpuan yang dalam tujuan.
 
aku,
engkau,
dia,
kita,
tahu,
hanya,
dasar,
mahu
 
perhatikan peranan bayang
perhatikan kerahan wayang
perhatikan serahan layang
perhatian gerakan datang ey
kan muncul tiba,
disulam diam dalam senyum, hiba,
berjuta risalah diatas riba,
yang sanjung mula dibalas, kira,
bila,
suara lenyap maka jiwa mati,
yang palsu yang benar bersemadi,
da vin ci hidup di amati?
namun tidak kan ia abadi,
maka terbuka,
segala kisah duka, buat ramai terluka,
segala yang dilafaz hanya janji percuma,
maka berita buruk terhadap si buta hati,
 
dibentangkan
papan catur landasannya drama
bidaknya disusun yang utama
 
selendang dunia hanya maya
melindungi berjuta warganya
berilusi
jamahan matanya
perhalusi
jambatan matanya


Lirik Dua Puluh - Yonnyboii, Luca Sickta, Benzooloo & Kmy Kmo

Lirik Dua Puluh - Yonnyboii, Luca Sickta, Benzooloo & Kmy Kmo


jarang borak dengan orang yang gua tak berapa kenal,
salah orang takut barang gua semua dia bedal,
dah banyak hal, yang lu bedal packing pastu jual,
bulan terang tak sesuai, orang sembarang ramai kaki penggal,
 
invade
lawan infidel,
lepas kumpul intel,
baru confident
tidak shy
bukan spy topeng in disguise,
cuma nobita mata merah,
floating in the sky, woah
kan sudah bilang,
genap dua puluh sekarang ada kilang,
sebelum jadi branding, masuk arus trending,
jangan dulu testing, kalau tidak cukup training, uh
masih lagi standing buat ucapan ceremony,
mahu bukti apa lagi sudah ada testimoni, uh
banyak parasite sembur pesticide,
tidak perlu risau ini exercise,
 
teruja bukan?
if no sila rewind, kalau lama jangan skip iklan
baru buka flow ni, apa khabar?
moiz the playaz or cool dude, itu rahsiakan.
haha ok kasi cepat cepat kasi hantar baris lain dah selamat,
misi mahunya berjaya macam pak selamat
yo siq! jangan lupa sastera yang keramat. like!
" di cabar mereka serah bendera, dua dekad berperang kekal merdeka,
kunci kuasanya tak pernah kita lena ,
akan terus bangkit cetus revolusi era. jeda "
 
ni apa cer?
borak kosong ke mana?
sibuk flex, sibuk nak kejar nama?
poket tebal, namun otak masih bebal,
rasa rasa diri kebal,
sebab sorang, semua bedal,
itu berita terkini,
al kisah baru jadi bini,
mana a class?
got that finesse?
itu semua a list?
yeah, im bigger than the a list,
got all rings on my both fist,
call me your ‘friend’?
then i can say ‘who’s this?’
houston,
boston celtics tembak rocket jatuh sudah pasti often,
juki joki huruf 20kali ganda long term,
confirm,
i'm with red kebaya jiwa kental edith cowan, now..
 
jarang borak dengan orang yang gua tak berapa kenal,
salah orang takut barang gua semua dia bedal,
dah banyak hal, yang lu bedal packing pastu jual,
bulan terang tak sesuai, orang sembarang ramai kaki penggal,
 
eh tak da hal semua boleh, boleh,
semua boleh, boleh,
apa da hal gua okay, okay,
gua okay, okay,
lantak korang, gua okay okay,
asal semua steady,
kalau boleh,
biar lebih,
layan boleh, sampai lu ketagih.
 
masih versatile hati malaikat minda aksara macam techa nina,
bukan rockstar, popstar aku slash, goreng peluru kata macam guitar metallica,
geliga liga, 20 tahun riwayat saga
kena smackdown to the ground, amuk batista,
register this mista, spill the coffee, barista,
playaz spill the tea bukan macam sista sista
sinister, paranormal untuk para normal yang sinis sir,
jangan selesa,
senandika, spektra refleksi lensa,
visi 2020 kau dah ku buat umur 20 dah.
 
harga pasar payah nego
cara lama gaya retro
salam kenal takyah intro
orang pagar aku tembok
tak kenal maka takkan sebok
tak pernah putus semua rantai elok
di atas bata ada esok
selalu woke dan takkan pernah lentok
tak kenal rungkap barai
dah kena suap lalai
jangan sembang juju
kalau kau masih suam susu
 
i aint got no swag,
aku macam black metal,
bunuh beat 105 bpm, gentle,
bawak aura datang dari dalam south central,
scotts tak emotion macam takde kendall,
jenner takde gender,
keranda mintak tender,
malas cakap banyak takut lirik kena censor,
dalam album aku banyak score,
masa depan terang dah macam lampu pendaflour,
cuz aku cuba jujur dalam lagu takkan hipokrit,
sampai jarang tidur takkan nak bagi free profit?
kan? hittaz sampai mati even malas keluar tv,
malas cakap banyak better ku pass bagi kmy,
 
jarang borak dengan orang yang gua tak berapa kenal,
salah orang takut barang gua semua dia bedal,
dah banyak hal, yang lu bedal packing pastu jual,
bulan terang tak sesuai, orang sembarang ramai kaki penggal,
 
eh tak da hal semua boleh, boleh,
semua boleh, boleh,
apa da hal gua okay, okay,
gua okay, okay,
lantak korang, gua okay okay,
asal semua steady,
kalau boleh,
biar lebih,
layan boleh, sampai lu ketagih.
 
mana ? mana ? lighter-lighter ? bak bak !
cuba check di rak-rak,
plaque-plaque,
on the way ber block-block,
a-list,
merebak dalam playlist,
digital dah ke bulan macam crypto lepas bearish,
bullish profit progress jadi presisi flow sesi,
element cukup 4 poligami prosesi,
profesi, bro,cara professional,
produktif 20 tahun program processional,
k.b.h nasional,
mph laju atas nombor,
187 di selekoh tanpa slow mo,
promo gila, macam chrono trigger,
akira toriyama juga punca ku geliga.
 
lain liga lain cara
lain api lain bara
lain kain lain lara
berapa “line” dah bersara?
tak pernah tunggang ombak,
banyak reka cipta..
dentum hujung tombak
ramai jatuh, sick ta..
meminta?
bila baris lemah asah parang,
terlalu bergantung pada barang dapatnya jarang,
jadi ku olah satu persatu jalan yang lurus,
sekarang ber isi ya, dulu sekeping, kurus,
jari menari, fulus,
taipkan ayat lulus,
ramai bertungkus lumus,
kaji cara ku rumus,
berapa ramai bintang namun sinar hanya satu,
bertukang bikin barang sampai jadi hanya aku,
 
jarang borak dengan orang yang gua tak berapa kenal,
salah orang takut barang gua semua dia bedal,
dah banyak hal, yang lu bedal packing pastu jual,
bulan terang tak sesuai, orang sembarang ramai kaki penggal,
 
eh tak da hal semua boleh, boleh,
semua boleh, boleh,
apa da hal gua okay, okay,
gua okay, okay,
lantak korang, gua okay okay,
asal semua steady,
kalau boleh,
biar lebih,
layan boleh, sampai lu ketagih.


 

Lirik Bersama Kita - Siqma, Kmy Kmo & Luca Sickta

Lirik Bersama Kita - Siqma, Kmy Kmo & Luca Sickta

 


mentari kunjung tiba (mentari kunjung tiba)
hari yang dinanti sudah bermula (yeayy yeayy yeayy)
hanya perlu mencuba ( hanya mampu mencuba)
namun kita harus bersama sama

bersama kita
bersama kita jaga sop
bersama kita 
bersama kita jaga family

bersama kita
bersama kita jaga sop
bersama kita 
bersama kita jaga family

berapa kali sudah dipesan
ramai yang dah terkesan
kita mampu mengubah cara
hanya perlu percaya

walaupun kita tak mampu
untuk nemempu segala yang berlaku
namun jika kita bersatu
hatikan bertemu menepis rasa pilu

mentari kunjung tiba (mentari kunjung tiba)
hari yang dinanti sudah bermula (yeayy yeayy yeayy)
hanya perlu mencuba ( hanya mampu mencuba)
namun kita harus bersama sama

bersama kita
bersama kita jaga sop
bersama kita 
bersama kita jaga family

bersama kita
bersama kita jaga sop
bersama kita 
bersama kita jaga family

bangkit kita bangkit
hilangkan derita
kita lenyapkan covid
pendindingkan diri dari pandemik ini
kita wira kita pasti menang esok hari
imunisasikan generasi
tunggu kita pulangkan rindu kan dah menanti
sama sama orak putuskan rantaian
sinarkan kembali warnakan kegelapan

ada yang tidur makannya tak cukup
ada berhibur dalam hiruk pikuk
ada berada ada yang tersandar
ada juga buta ada yang berebut
ada yang mereput nafas makin semput
ada jiwa raga yang makin tercabut
ada berpada ada yang berpadat
impak saban hari keluh tak disahut

yang tak merasa, kenal erti? pekerti mengerti?
kata-kata jadi budi persepsi
mata-mata jadi tulikan diri
cuba bertahan kanan kiri
walau ia sukar mestikan bertukar,
hari ni mendung esok pasti ada sinar
bersama disisi, dengan satu misi,
asalkan kita satu hati satu visi

mentari kunjung tiba (mentari kunjung tiba)
hari yang dinanti sudah bermula (yeayy yeayy yeayy)
hanya perlu mencuba ( hanya mampu mencuba)
namun kita harus bersama sama

bersama kita
bersama kita jaga sop
bersama kita 
bersama kita jaga family

bersama kita
bersama kita jaga sop
bersama kita 
bersama kita jaga family


Lirik Malaysia Di Hatiku - Yonnyboii, Luca Sickta, Kmy Kmo, Tabby DOLLA

Lirik Malaysia Di Hatiku - Yonnyboii, Luca Sickta, Kmy Kmo, Tabby DOLLA

 


selamanya pasti akan ku bawa
didalam hati tetap disini
akan ku jaga demi tercinta
satu-satunya takkan terganti
 
bumi kelahiran yang ku sanjung tinggi
 
sentiasa didalam jiwaku
kan ku pertahan sepenuh jiwaku malaysia
(tanah airku yang tercinta)
kan ku beri sedaya upaya
tuk mengharumkan nama negaraku malaysia
(malaysia di hatiku)
 
namaku
malaysia
tanah airku hey!
disini tumpahnya darahku
malaysia di hatiku
 
sudah berdekad, berdiri nekad,
kekal disini
walau
dirempuh badai, tidak tersadai,
bekal disisi
tanah keramat ini tidakkan tergadai selagi,
wujud generasi minda, hati, jiwa, gergasi,
 
sitar, hulusi, seruling dan rebana,
ternyata dalam kita hidup berdarah satu warna,
zapin, sumazau, tarian kipas dan bhangra,
tradisi harta bumi menyatukan kami se-jelata.
 
bumi kelahiran yang ku sanjung tinggi
 
sentiasa didalam jiwaku
kan ku pertahan sepenuh jiwaku malaysia
(tanah airku yang tercinta)
kan ku beri sedaya upaya
tuk mengharumkan nama negaraku malaysia
(malaysia di hatiku)
 
namaku
malaysia
tanah airku hey!
disini tumpahnya darahku
malaysia di hatiku
(bridge)
sayang, sayang eh
rasa sayang sayang eh
sayang, sayang eh
rasa sayang sayang eh
 
sentiasa didalam jiwaku
kan ku pertahan sepenuh jiwaku malaysia
(sepenuh jiwaku malaysia)
kan ku beri sedaya upaya
tuk mengharumkan nama negaraku malaysia
(malaysia di hatiku) di hatiku di hatiku


Lirik Rap Der Raya - YonnyBoii, Luca Sickta, Kmy Kmo & Abubakarxli

Lirik Rap Der Raya - YonnyBoii, Luca Sickta, Kmy Kmo & Abubakarxli

 


Ooo.. ooo.. yeah..
Selamat Hari Raya
Ooo.. ooo.. ooo..
Okay...
 
Selamat Hari Raya
Masa tuk gembira
Takkan pernah aku lupa
Segala kesalahan moga dimaafkan
Jika ada yang terasa
 
Selamat Hari Raya
Ooo.. ooo.. ooo..
Selamat Hari Raya
Yeah.. yeah.. yeah..
 
Nyalakanlah pelita,
Pamerkan di tepi pagar,
Lebaran sudah tiba,
Debaran makin terasa,
Hiaskan halaman, anyaman ketupat,
Gantung pada langsir,
Sedia penuhkan balang kuih,
Tanda kasih dalam sampul duit,
 
Perabot di rumah sudah pindah,
Rumahku syurga ku syurga indah,
Ampun maaf aku pinta,
Kalau ada salah silap,
Lihat luar tingkap,
Ramai datang melawat,
Tak perlu kan alamat,
Yang jauh ku doa selamat,
Rindu yang teramat,
 
Selamat Hari Raya
Masa tuk gembira
Takkan pernah aku lupa
Segala kesalahan moga dimaafkan
Jika ada yang terasa
 
Selamat Hari Raya
Ooo.. ooo.. ooo..
Selamat Hari Raya
Yeah.. yeah.. yeah..
 
Beriang, bermesralah,
Lepas sebulan menahan nafsu,
Sekeluarga bersamalah,
Bermaafan lupakan yang lalu,
Salam pada yang telah pergi, doa mu syurga menanti,
Di anugerahkan syawal syukur ke atas ilahi,
 
Tiada siapa kan ganti
Kehadiranmu tiada ganti
Yang terang dan terbukti
Kau keteranganku di bumi
Maafkan aku jauh pulang kau tunggu
Kenang semua wajah ku rindu
 
Selamat Hari Raya
Masa tuk gembira
Takkan pernah aku lupa
Segala kesalahan moga dimaafkan
Jika ada yang terasa
 
Selamat Hari Raya
Ooo.. ooo.. ooo..
Selamat Hari Raya
Yeah.. yeah.. yeah..
 
Sambutkan salam ini,
Susunan rapi sepuluh jari,
Moga dipulang penuh harmoni,
Hina yang kurang kan dimaafi,
Lupus segala,
Urus semula,
Salah faham lama dirumus semua,
Berbalah dalam drama diurus segera,
Beralah tuk bersama memutuskan Caranya utuskan Doa.
  
Ada bergaya, santun elok berbicara
Mengait kuih di atas para,
Ke dapur kita yuk terus mara,
Riuh hentak beras sampai lumat,
Jaga bara, rendam Ketupat,
Lemang, cepat lesap memang,
Rendang, jemput tambah,
Sambil ber Dendang,
 
Selamat Hari Raya
Masa tuk gembira
Takkan pernah aku lupa
Segala kesalahan moga dimaafkan
Jika ada yang terasa

Selamat Hari Raya
Ooo.. ooo.. ooo..
Selamat Hari Raya
Yeah.. yeah.. yeah..


Lirik Neraca - Kmy Kmo, Luca Sickta & Dato’ Jamal Abdillah

Lirik Neraca - Kmy Kmo, Luca Sickta & Dato’ Jamal Abdillah

 


Aaaaaaaa….
Lepaskan semua…
Aaaaaaa…
Jadi lepaskan semua

Beralun dan bergemanya
Terbuka di singgah sana
Yang pejam akan tercelik
Kelam terpekik pelik tercekik
Bersantun nan sehaya
Terlukanya si cahaya
Sang rejam sakan menarik
Jeram tertarik mata pun sakit

Jangan lena bangun dari mimpi
Terapi minda jiwa hak hakiki
Berapa pena pegun dengan mimpi
Berapi indra tagih kata sakti

Kiri kanan mu tertulis sudah
Usah diramal yang bukan mudah
Gubah gaya mu jika ngerti hati
Dirinya rakan ku berhenti mati

Mula dari tangan
Terus naik ke siku (siku)
Basah tempat angan (angan)
Biar mengalir di situ (situ)
Sentuh pendengaran (dengaran)
Peka mendengar yang satu (bisu)
Lupa jangan pada dua langkah mu
Daya yang merempuh liku

Aaaaaaaa….
Lepaskan semua…
Aaaaaaa…
Jadi lepaskan semua

Sinar mentari yang menerangi
Bumi yang digelapkan sang purnama
Seruan itu kekal berbunyi
Kekal bergema seluruh cakrawala

Memanggil engkau
Memanggil aku
Memanggil kita dari rutin drama
Mencari arah suara itu
Tuk laksanakan rutin yang sebenarnya

Sucikan menyucikan mengikut tertib
Korbankan mengorbankan tanpa terdetik
Fikiran yang fikirkan hidup sedetik
Jadi lepaskan semua
Lepaskan semua

Dari saripati nutfah
Sampai nafkhur ruh kau teguh
Hingga selaput terbuka indah pancarindera pun menyentuh
Emosi sudah merasa yang manis tangis hati rapuh
Belum temu cara tangkis hingga faham pada nafsu angkuh

Jadi apa maksud hidup dibumi dahaga terkenal
Sedangkan acap kali tertinggal hingga diri tak mengenal
Aku bukan lagi aku lepas hanyut di lautan syahwat
Jika amal tercatat berat pasti yang kiri kering dakwat

Selepas
Jelas
Makin
Lemas
Tewas
Aku
Rimas
Lepas
Nikmat
Ini
Semuanya
Di akhiri
Bertemunya

Maka mata hati kau sedar udara makin tercemar ah
Menitis la hiba dijiwa dan mula rasa kecewa
Bangkit lah susun atur bermula dengan wajib lima
Impak nya pasti maksima hingga nurani terkesima

Sucikan menyucikan mengikut tertib
Korbankan mengorbankan tanpa terdetik
Fikiran yang fikirkan hidup sedetik
Jadi lepaskan semua
Lepaskan semua

Aaaaaaaa….
Lepaskan semua…
Aaaaaaa…
Jadi lepaskan semua

Selepas olah limbang amal tuk aku
Berjuta emas ku akan lenyap akibat neraca akhir


Lirik 7 Nasihat - Siti Nurhaliza, Kmy Kmo & Luca Sickta

Lirik 7 Nasihat - Siti Nurhaliza, Kmy Kmo & Luca Sickta



Anak pipit jangan tak dihirau
Gusar esok ke sarang sirimau
Anak didik harusnya dirisau
Gusar esok engkau yang dipisau

Dulu tunggu diturut balik
(dulu tunggu turut balik)
Dulu diam sekarang celik
(dulu diam sekarang celik)

Dulu tahu waktu balik
(dulu tahu waktu balik)
Dulu diam sekarang cerdik
(dulu diam sekarang cerdik)

Nak dilenturnya buluh
Biar dari rebungnya
Kelar pasti mereka
Kan terjaga akhlaknya

Nak dibentukkan tubuh
Bukan dari bengkungnya
Susun atur mereka
Sebelum kenal dunia

Habis main ditanah
Sebelum senja ke rumah
Takut nanti tersalah
Bawa pulang masalah

Tak endah yang sekarang
Cakap jangan sebarang
Elok awal dilarang
Untuk kau jadi orang

Dulu tunggu diturut balik
(dulu tunggu turut balik)
Dulu diam sekarang celik
(dulu diam sekarang celik)

Dulu tahu waktu balik
(dulu tahu waktu balik)
Dulu diam sekarang cerdik
(dulu diam sekarang cerdik)

Yah satu hendak berjaya
Mendada jangan pastikan
Jika malu bertanya sesat jalan
Biar lapas sehari
Asalkan kenyang bertahun
Biar berkerut dahi
Asalkan minda beralun

Kedua semua nasihat cam petua
Ketua perlu jua
Nak sihat sampai tua
Masuk semua benua
Pelusuk dalam luar
Hormat tanpa bersua
Walau darjah sempoa

Tiga lain liga lain cara
Elak geliga dalam rasa media masa
Dahulu kerna lidah badan kan binasa
Sekarang kerna mata jemari berbicara

Cara bicara yang ke-4
Semua telinga harus peka
Nenek moyang yang nasihat
Majoriti ramai leka
Terlena dibuai mimpi dek dunia cereka
Hanyut dihempas ombak tinggi
Gah lupa mereka

Lima usah dikira kanan kiri
Cermin untuk diri kerna hidup tiada siri
Kerna hidup tiada sisi
Bila hati mulai hitam
Lupakan kisah silam nilam usah di siram

Ku siram yang ke-6 biar mekar dalam hati
Ingati putus urat dan tenaga urat besi
Korbannya bukan calang
Tak hilang dimakan hari
Bajakan rasa mereka dengan budi-budi

Anak pipit jangan tak dihirau
Gusar esok ke sarang sirimau
Anak didik harusnya dirisau
Gusar esok engkau yang dipisau

Dulu tunggu diturut balik
(dulu tunggu turut balik)
Dulu diam sekarang celik
(dulu diam sekarang celik)

Dulu tahu waktu balik
(dulu tahu waktu balik)
Dulu diam sekarang cerdik
(dulu diam sekarang cerdik)

Dulu tunggu diturut balik
(dulu tunggu turut balik)
Dulu diam sekarang celik
(dulu diam sekarang celik)

Dulu tahu waktu balik
(dulu tahu waktu balik)
Dulu diam sekarang cerdik
(dulu diam sekarang cerdik)
Lirik Zuhud - Kmy Kmo & Luca Sickta feat M.Nasir

Lirik Zuhud - Kmy Kmo & Luca Sickta feat M.Nasir



(Intro)
Saat serunai menjerit suatu hari nanti,
segala yang di langit dan segala yang di bumi,
yang hidup, yang mati,
yang menyamun, yang bijak,
semuanya akan dibangunkan di padang untuk berarak,

(Pre chorus)
Jadi baik cekal bagus,
terus Zuhud ke bawah,
elak dibakar hangus,
atau dihumban ke kawah,
Jadi baik kekal ragus,
terus menanam ubi,
ramai mengejar fulus lupa sebar saham budi.

(Chorus)
Jadi baik,
Cekal,
Bagus,
Terus,

Jadi baik,
Kekal,
Rakus,
Terus,

Jadi baik,
ZUHUD,
Ke bawah tanam ubi,
Jadi baik,
Berbudi,
Kau untung bukan rugi.

( Kmy Kmo )
Orang dagang dah berlabuh sauh,
sedia siaga di bumi Tuhan,
tenang ku terbang walaupun pun jauh,
Bawa pikulan tugas suruhan,
nafsu digendang diriku jatuh,
mungkin kah kerna ku budak hutan,
emosi senang berang dan patuh,
telunjuk Lakhus pun diturutkan,
yang diturunkan engkau lupuskan,
sahabat kudus tak dikhususkan,
kau pupuskan,
kau putuskan,
yang ditumpukan bukan keperluan,
kekal tumpuan buang kemahuan,
tujuan hidup bagaikan ramuan,
dituang iman jadikan acuan dalam perjalanan bersama panduan,
eh,
bukan hanya cukup lima,
bukan sekadar cukup enam,
mahu rasakan delima di Syurga
iman jangan benam,
kerap lima enam kali,
sehari kita diganggu,
teguh jati diri dari dibelenggu rindu bercandu,
jadi, baik, ZUHUD, ke bawah tanam budi,
bunuh semua ego yang memagar hati budimu,
jadi, baik, sujud walau harta ratus beribu,
berjuta kesan robak rabik hilang kerna budimu,

(Pre chorus)
(Chorus)

(Luca Sickta)
Andam karam waktu dalam salam,
Awan gelap karung kunci dada,
Ragam malam kenal suara tidak,
Dijatuhnya hukum hamba tanpa sua,
Rata-rata jadi patah siku kerna risau hunus pisau bocor saku,
Mata-Mata jadi lali bisu tanpa hirau hangus jiwa dah terpaku,
Kemudi hasrat biar sampai dapat,
Berbudi niat gapai yang tersirat,
Yang bersekutu mula menggerutu bila timbang mutu, masih rujuk buku,
Jadi baik, cekal bagus,
Dari riak, bebal terus,
Jadi bijak kerna ilmu dari menyalak nafsu cemburu,
Jadi baik..

(Bridge)
Larikan nyawa dari,
lancar mulut celupar,
lara wirang sendiri,
lepas mulut celupar,
ringan menanam budi,
hasilNYA usah takut,
dari Maha Pemberi,
pasti nasi di lutut.

(Chorus)
Lirik Nekad (OST The Seventh Flower) - Kmy Kmo & Luca Sickta

Lirik Nekad (OST The Seventh Flower) - Kmy Kmo & Luca Sickta



Tapak-tapak makan hari tunggu masa putus tali
Biar luar kaki ayam dalam berbekalkan taji
Lepas purnama mengambang naik merah itu pasti
Mahu ikut nafsu sama atau sambung tidur lagi

Taji nak dituju
Perlukan aturan
Tak nak salah hala pekaka yang dihunuskan
Tidur ku bertapa, Berlayar satu dekad
Bila cukup lapar semua jalan jadi nekad

Jadi nekad, Jadi Nekad,
Bila cukup lapar semua jalan jadi nekad, ( ulang 2x )

Sedekad dah belayar,
Berbakul trapi dah dihadap,
Bagaikan kudrat sepuluh gajah meresap masuk tuk mengadap,
Adaptasi sejengkal sarap,
Permudahkan kau ke perangkap,
Emosi si nafsu nafsi lahap,
Adap asal yang dah ke arab,
Aku rabiah daripada Enam,
Bawa rabiah dalam Bunga Tujuh,
Aku tarbiah siapa berani pejam,
Dengan tarbiah ramai kena suluh mamai miang buluh perindunya Ramai dilibas bak badai Buluh tumpat sadai,
Yang tersadai abai dek memandai,
Kaki intai perangainya murai,
Sidai muka,
Asal pandai dulu muda wangsa,
Sukar intai talam ribu rupa,
Bawa cindai ke muda berbangsa,
Lalu,
Hey,
Sidai rupa,
Pura pura talam dua muka,
Dari muda dia mudah lupa,
Bila sukar boleh bagi suka,
Dia suka,

Tujuh petala bumi dan langit
Dari gunung ke lautan dalam
Pesuruh turun membawa salam
Kalam berkisah segala silam
Uh
Dari lautan ke lembah curam
Kembara bekalnya setia sumpah
Seri iring kemenyan dan setanggi
Membara darah walau titis tumpah
Dendam
Di pendam nafsu
Nahu buta, Nawaitu palsu
Genggam
Di rejam amarah
Bagai keris tanpa arah
Yah
Pantang undur, Dicabar jangan
Lantang jurus, Dijabar tangan
Hulubalang dampingnya rapat
Salah tuju akhirnya ke liang lahad

Kapal layarku tak sangkut tengkujuh
Layar ke samudra berkurung kan tubuh
Senaman rasa jiwa
Fahami rasa jiwa
Lirik Wejangan Indra - Luca Sickta

Lirik Wejangan Indra - Luca Sickta



Banyak api-api ritma rapi-rapi
Lagu jadi-jadi,
Tapi bila uji tekan tubi tak macam di tulis,
Minda senang digilis rata,
Ya sinis, mudah terguris,
Ganasnya hanya di alam maya,
Minta simpati, konon Empati,
Tekanan, “Anxiety” jadi mainan,
Wayang mahu mati hidup segan,
Namun cukup makannya berpinggan,
Bukan rumah setinggan,
Dengar ni dik,
Cuba berkawan dengan cermin,
Cuba berlawan dengan angin,
Usah gentar, jalan mu di iring awan,
Tawan susah jadi senang gementar jangan,
Mata telinga akal dan hati,
Pagar pagarkan
Kata geliga termakan janji
Jiwa cagarkan,
Jadi lain dari yang lain yang kuat main-main,
Cari kain yang bukannya sibuk jaga tepi kain,
Musim bertukar daun,
Bertahun dah bermukim,
Husin balut kan daun,
Bukan yang bikin pusing,
Yang runsing, pening nak melenting,
Tak tentu arah,
Ritma jangan la marah,
Biar nampak peramah,
Bukan macam cik salmah,
Membawang menangis mata,
Tak cukup nyata di laman sesawang timbun rata,
Yang baca jadi gila, yang tengok terkacip gigi,
Yang mana pernah rasa, Angkat kaki cabut lari,

Ini bukan lagu keke, atau pun lagu fefe,
Ini lagu riki-riki yannnn nasihat hakiki,
Sini alahan yang panas ganas alam maya,
Sini tuk yang galas ramas hasil dunia nyata,