Lirik Zuhud - Kmy Kmo & Luca Sickta feat M.Nasir

Lirik Zuhud - Kmy Kmo & Luca Sickta feat M.Nasir



(Intro)
Saat serunai menjerit suatu hari nanti,
segala yang di langit dan segala yang di bumi,
yang hidup, yang mati,
yang menyamun, yang bijak,
semuanya akan dibangunkan di padang untuk berarak,

(Pre chorus)
Jadi baik cekal bagus,
terus Zuhud ke bawah,
elak dibakar hangus,
atau dihumban ke kawah,
Jadi baik kekal ragus,
terus menanam ubi,
ramai mengejar fulus lupa sebar saham budi.

(Chorus)
Jadi baik,
Cekal,
Bagus,
Terus,

Jadi baik,
Kekal,
Rakus,
Terus,

Jadi baik,
ZUHUD,
Ke bawah tanam ubi,
Jadi baik,
Berbudi,
Kau untung bukan rugi.

( Kmy Kmo )
Orang dagang dah berlabuh sauh,
sedia siaga di bumi Tuhan,
tenang ku terbang walaupun pun jauh,
Bawa pikulan tugas suruhan,
nafsu digendang diriku jatuh,
mungkin kah kerna ku budak hutan,
emosi senang berang dan patuh,
telunjuk Lakhus pun diturutkan,
yang diturunkan engkau lupuskan,
sahabat kudus tak dikhususkan,
kau pupuskan,
kau putuskan,
yang ditumpukan bukan keperluan,
kekal tumpuan buang kemahuan,
tujuan hidup bagaikan ramuan,
dituang iman jadikan acuan dalam perjalanan bersama panduan,
eh,
bukan hanya cukup lima,
bukan sekadar cukup enam,
mahu rasakan delima di Syurga
iman jangan benam,
kerap lima enam kali,
sehari kita diganggu,
teguh jati diri dari dibelenggu rindu bercandu,
jadi, baik, ZUHUD, ke bawah tanam budi,
bunuh semua ego yang memagar hati budimu,
jadi, baik, sujud walau harta ratus beribu,
berjuta kesan robak rabik hilang kerna budimu,

(Pre chorus)
(Chorus)

(Luca Sickta)
Andam karam waktu dalam salam,
Awan gelap karung kunci dada,
Ragam malam kenal suara tidak,
Dijatuhnya hukum hamba tanpa sua,
Rata-rata jadi patah siku kerna risau hunus pisau bocor saku,
Mata-Mata jadi lali bisu tanpa hirau hangus jiwa dah terpaku,
Kemudi hasrat biar sampai dapat,
Berbudi niat gapai yang tersirat,
Yang bersekutu mula menggerutu bila timbang mutu, masih rujuk buku,
Jadi baik, cekal bagus,
Dari riak, bebal terus,
Jadi bijak kerna ilmu dari menyalak nafsu cemburu,
Jadi baik..

(Bridge)
Larikan nyawa dari,
lancar mulut celupar,
lara wirang sendiri,
lepas mulut celupar,
ringan menanam budi,
hasilNYA usah takut,
dari Maha Pemberi,
pasti nasi di lutut.

(Chorus)
Lirik Lagu Jiwa Lagu Cinta - Mawi feat. M.Nasir

Lirik Lagu Jiwa Lagu Cinta - Mawi feat. M.Nasir



Menyanyi kerana gembira
Menyanyi kerana sedih
Menyanyi kerana rindu
Aduh siapa dapat membaca hatiku saat ini

Menari kerana melayan
Menari kerana sunyi
Menari kerana kasih
Ada di depan masih juga tak mengerti

Gerangan apa buat ku kemari
Dalam temasya ku memencil diri
Darilah jauh asyik memandangnya
Sekalipun dia masih tak perasan ku disini

Oh oooo ohh oooo
Lagu jiwa (Bukan lagu mengadu nasibku)
Lagu cinta (Bukan lagu meratap hidupku)
Hanya nak menyatakan
Tuah dan untung badan
Diuji hebat cinta sehebat begini, hebat begini