Lirik Seru - Altimet

Lirik Seru - Altimet



Aku disekolahkan emcee zaman silam
Aku disekolahkan emcee zaman silam
Aku disekolahkan emcee zaman silam
Bila aku check one two semua qiam

Aku disekolahkan emcee zaman silam
Aku disekolahkan emcee zaman silam
Aku disekolahkan emcee zaman silam
Bila aku check one two semua qiam

Ini bukan untuk carta
MACP dah tak payah daftar
Bukan untuk jual takde temubual
Ini sebut takde harga
Ini cakap terang
Speaker keluar cahaya
Ini cakap perang
Jadi kuatkan dan dengar bahaya

Ini tikam dalam kata
Qiam bila aku baca
Lirik audio visual
Macam lidah tusuk masuk mata
Momok dari lubuk kata
Aku zalim dengan bahasa
Aku rujuk teks lama
Untuk tundukkan serama

Ini sukan sabung mic
Jadi tajinya aku taja
This next level dope so nope
Kita bukan sama rata
Aku tak risau engkau takut
Dakwat aku ada laut
Bila mikrofon aku masuk
Kerjaya kau yang tercabut

Aku tukang kata
Kamu, kamu pandir mencarut
Aku lontar cabar aku sabar
Mari tengok siapa sahut
Ini asid kasi hakis
Ini tulis takde lapis
Takde gula takde tapis
Aku mula engkau habis

Ramai budak bertuah aku sorang jebat
Diam aku berbuah diorang kuat cakap lebat
Hati diorang meluah harap dia bersara cepat
Tiap kali dia meludah kerjaya kami tenat
Jadi aku talqinkan semua saingan
Its a wrap bentang kain putih kita baringkan
Kamu bukan aku kita berlainan
Kamu bukan aku itu aku bagi jaminan

Aku disekolahkan emcee zaman silam
Aku disekolahkan emcee zaman silam
Aku disekolahkan emcee zaman silam
Bila aku check one two semua qiam

Aku disekolahkan emcee zaman silam
Aku disekolahkan emcee zaman silam
Aku disekolahkan emcee zaman silam
Bila aku check one two semua qiam

Aku seru Nasty Nas
Aku seru Marley Marl
Seru Pac seru Biggie seru Big L bagi aku sejuta bars
Aku seru A Tribe Called Quest
Aku seru KRS
Lirik Mengelamun - Lah Ahmad feat. Altimet

Lirik Mengelamun - Lah Ahmad feat. Altimet



Bangun dari tidurmu dan angkat kepala
Menggeliat payah hendak celikkan mata
Memang berat untukmu
Memang berat untukmu

Semua di dunia ini kan sementara
Jangan pula leka asyik terlena
Memang berat untukmu

Terbitnya di hati
Waktu tak menanti mentari
Dibuai mimpi
Hari demi hari tak akan terganti
Oh itu pasti bila kau
Engkau

Mengelamun mengelamun mengelamun
Jangan duduk mengelamun saja
Mengelamun mengelamun mengelamun
Jangan duduk mengelamun saja

Suka memang suka ini adat manusia
Mahu naik angin bila ada yang tak kena
Memang berat untukmu
Memang berat untukmu

Bukankah indah personifikasi dunia
Seolah mencapai tapi masih tak kena
Ini lumrah dunia
Jangan mudah lupa

Hari demi hari tak akan terganti
Oh itu pasti bila kau
Bila kau

Mengelamun mengelamun mengelamun
Jangan duduk mengelamun saja
Mengelamun mengelamun mengelamun
Jangan duduk mengelamun saja

Jangan mengelamun saja
Itu penyamun masa
Buat kamu hilang fokus
Tapi bukan rabun mata
Siaran media sosial buat kita * harta
Tu motivasi diri atau hati diracun saja?
Akhi, kita diberi imaginasi
Perlu dikawal tapi jangan sekali digari
Ukhti, anugerah ini bukti
Kau upaya capai apa saja yang kau sudi ceburi
Waladi, guna otak jangan butakan hati
Capai bulan sambil kau genggam matahari
Ya Binti, kau terbanglah sendiri
Kejar yang diluar tapi jangan lupa inti dan kami di sini
Jangan angan sampai usaha dianak tiri
Tapi apa aku tahu aku melayan lamunan diri
Aku melayan lamunan diri
Melayan lamunan sendiri

Mengelamun mengelamun mengelamun
Jangan duduk mengelamun saja
Mengelamun mengelamun mengelamun
Jangan duduk mengelamun saja
Lirik Janji - Altimet & Takahara Suiko

Lirik Janji - Altimet & Takahara Suiko



Dengarkan cerita anak angkat raja
Dilantik ketua siapa semua hamba
12 rumah yahud bangsa mereka
Bawakan kami ke tanah merdeka
Dengar cerita dia utusan Yang Esa
Patutnya dibunuh tapi firaun leka
Terlepas dibesarkan di dalam istana
Penyelamat kita dari hidup merana

Yang konon pembunuh aku sudah tiba
Tak sangka dulu ku timannya di atas riba
Bagai ahli sihir dia penyilat mata
Aku boleh matikan dia bila-bila masa
Panggil menteri binakan menara setinggi mentari
Aku mahu lihat tuhan si bodoh ini
Tak nampak pun batang hidung tuhan yang lembik
Tuhan ku hamba dah lari menteri ku bertempik

Kanan kiri kanan kiri ke tanah sendiri yang dijanji
Ikut anak angkat raja nabi kami
Dikejar tenteranya jadi kita lari

Kanan kiri kanan kiri kejar di hamba kepunyaan tuhan kami
Depan ada laut hey mana mahu lari
Tuhan kami akan tewaskan si nabi

Dihentak tongkatnya di atas tanah
Laut terbelah kami redah
Antara dua dinding air kami mencelah
Kepada nabi dan tuhannya kami berserah
Sampai ke seberang kami pandang belakang
Firaun dan tentera mengejar menyerang
Dinding air runtuh mereka kabur kelam
Cuba berenang dipaksa menyelam

Ni yang buat aku meradang
Yang mulanya surut sekarang sudah pasang
Dah tiada pilihan apa boleh buat
Terpaksa aku akui tuhannya lagi hebat

Nyawa mereka terbang badan timbul tenggelam
Tombak dan pedang masih di dalam gengam
Kami terus berjalan pagi petang siang malam
Mencari halaman untuk bercucuk tanam

Kanan kiri kanan kiri ke tanah sendiri yang dijanji
Ikut anak angkat raja nabi kami
Kitakan sampai suatu hari nanti

Kanan kiri kanan kiri ke tanah sendiri yang dijanji
Ikut anak angkat raja nabi kami
Kitakan sampai suatu hari nanti

Kita dijanjikan pembalasan
40 tahun dalam perjalanan
Menuju cahaya dipimpin Nabi Musa
Membelah lautan dengan tongkatnya
Firaun yang tenggelam menghuni jahanam
Yang karam bersama kesumat dan dendam
Raja yang bertakhta karam tanpa berita

Kanan kiri kanan kiri ke tanah sendiri yang dijanji
Ikut anak angkat raja nabi kami
Kitakan sampai suatu hari nanti

Kanan kiri kanan kiri ke tanah sendiri yang dijanji
Ikut anak angkat raja nabi kami
Kitakan sampai suatu hari nanti