Lirik Hangat Beraya - Hot Fm X Marsha Milan, Hazama, Naqiu & Daniesh Suffian

Lirik Hangat Beraya - Hot Fm X Marsha Milan, Hazama, Naqiu & Daniesh Suffian

Lirik Hangat Beraya - Hot Fm X Marsha Milan, Hazama, Naqiu & Daniesh Suffian


dalam banyak - banyak pulut
apa boleh di balut

daunnya berlipat - lipat
itu lah ketupat

dalam banyak - banyak kuih
warnanya kuning putih

rasa manis - manis bibir
itu lah semperit

daripada kota
ke halaman desa
seikhlas hati bersemuka

selamat hari raya
maaf zahir batin di pinta
indah di hari bahagia

selamat hari raya
pelbagai warna hiasannya
hebat kita hangat beraya

selamat hari raya
aidilfitri mulia
selamat hari raya
selamat hari raya
aidilfitri mulia
selamat hari raya

dalam banyak - banyak bunga
apa yang bercahaya

percikannya warna warni
itu bunga api

dalam banyak - banyak warna
apa paling berharga

kanak - kanak juga suka
sampul duit raya

daripada kota
ke halaman desa

seikhlas hati bersemuka
bila takbir raya
sahut lah bersama
bersih hati jiwa

ayuh kita,
hangat beraya