Lirik 2PAI - Asyraf Nasir

Lirik 2PAI - Asyraf Nasir

Lirik 2PAI - Asyraf Nasir


jika tidak sempat.
tupai yang melompat pasti jatuh.
bicara biar bertempat.
minda yang halus perlu diasuh.

jika tidak sempat.
tupai yang melompat pasti jatuh.
bicara biar bertempat.
minda yang halus perlu diasuh.

tengok ukuran badan pelbagai bentuk,
cerita lain, hati tersentuh (oh oh),
jika tidak sempat.
tupai yang melompat pasti jatuh.
memang pasti jatuh.

mula mencari peluang.
sebab tidak cukup wang.
peluang telah bermula.
tapi akal disalah guna.

nak cari cara keselesaan yang kekal,
daya upaya sumber rezeki yang halal.
sifatnya macam ada yang tidak kena,
jadi niat sebenar seharus lah dipersoal.

makin jadi mual,
bila nak berbual.
tanda harga diri pon dah tak boleh dijual.
gadaikan semua,
walau apa jua,
pisau dibelakang tak kisah mana terluka

mahu diatas tanpa ambil langkah jauh
makalah segala batas diputus lalu terlanjur
dan habis terus telan keperitan yang dihadap,
cahaya dulu silau kini sudah jadi malap.

jika tidak sempat.
tupai yang melompat pasti jatuh.
bicara biar bertempat.
minda yang halus perlu diasuh. (hey!)

jika tidak sempat.
tupai yang melompat pasti jatuh.
bicara biar bertempat.
minda yang halus perlu diasuh.

tengok ukuran badan pelbagai bentuk,
cerita lain, hati tersentuh (oh oh),
jika tidak sempat.
tupai yang melompat pasti jatuh.
memang pasti jatuh.

beribu sesalan dan alasan kau beri,
tak ketahuan tapi benda sudah jadi.
macam mana nak pastikan boleh dipercayai?
apa kau mahu malah apa lagi kau mencari?

tak terhirau, kalau diri status tinggi.
yang dirisau, sikap dan budi pekerti.
pergi tinjau, individu dihormati.
kadang dekat twitter ada lebih kredibiliti.

ramai yang mendekati ,ramai yang memerhati.
yang tidak bersalah silap hari berhati-hati (huh?)
harus terus mengenal pasti,
racun atau gula tangan mana jadi pemberi?

oh ini kisah si terdesak.
bidang diceburi tak fikir masak-masak
oh noo.
dilakukan kalau sanggup, 
ini lah lumrah dalam perlumbaan hidup.

jika tidak sempat,
ucapkan salam pada semua.
sempat,
lagi ke tak nak mula semula?

jika tidak sempat.
tupai yang melompat pasti jatuh.
bicara biar bertempat.
minda yang halus perlu diasuh.

tengok ukuran badan pelbagai bentuk,
cerita lain, hati tersentuh oh oh,
jika tidak sempat.
tupai yang melompat pasti jatuh.
memang pasti jatuh.

memang pasti jatuh.
memang pasti jatuh oh.
memang pasti jatuh.
tupai yang melompat semestinya akan jatuh.