Sunday, 2 May 2021

Lirik Ceria Aidilfitri - Faizal Tahir, Zizi Kirana & Darmas

 


Verse 1
Riang bercampur hiba kian terasa
Bila terkenang yang jauh di mata
Ayah dan juga bonda sanak saudara
Teman-teman lama yang ku tinggalkan
Hai menjelang Hari Raya

Chorus 1
Oh Sungguh indah kenangan waktu di desa
Suasana riang ria tak kira pagi atau senja
Berdentam dentuman meriam memecah keheningan
Anak kecil keriangan ceria di Hari Raya

Verse 2
Takbir berkumandang di pagi yang mulia
Gema Tahmid memuji kebesaranNya
Sebulan berpuasa mendidik jiwa
Kini tiba masa ‘tuk meraikannya
Selamat Hari Raya

Bridge 
Di hari ini janganlah leka
Usah lupa pada yang tiada
Dan mereka yang memerlukan

Chorus 2
Hei, kanak-kanak datang berkunjung ke rumah
Berpakaian baju baru warna warni sungguh indah
Dengan wajah yang ceria menyimpan seribu makna
Tidak makan pun tak apa asal dapat duit raya
Hai selamat Hari Raya
Hai selamat berhari Raya