Lirik Lagu Warkah Pendekar - The Venopian Solitude

Lirik Lagu Warkah Pendekar - The Venopian Solitude



Berhari-hari pedih benar mata
Bergenang tak serinya wanita
Melawati jari yang terasa
Sepi tanpa cincin si perjaka
Lalu haru terus hantui
Kalbu halus terus diselubungi

Duka suaminya jaguh pendekar
Hilang tah ke mana
Puas juga teroka sebenua
Kelibat tak muncul tiba

Menangis, sedih, mimpi, mungkin kahwin lagi
Betapa membara dendamnya pada bini muda

Berani kau curang
Pada ku o' sayang
Mata yang keranjang
Akan aku julang
Pada hujung keris
Yang berkarat terhakis
Pada pangkal tombak
Yang mulus ditanak

Dengan kesumat dinda
Dan bisa si sawa
Kau dan adik manis
Kan molek dihiris

Menemui adinda tercinta
Kanda kini diangkat panglima
Barisan hadapan habis mara
Kanda tunggu dinda di pusara

Tekan Untuk Komen