Lirik Debu-Debu Dosa 2022 - Munif Hijjaz

Lirik Debu-Debu Dosa 2022 - Munif Hijjaz


ke arah mana halanya
bagi insan yang terleka
mengejar nikmat dunia
bagaikan hidup s'lamanya
tak peduli dosa noda
seksa azab neraka
hidup jauh dari rahmat-nya

terpedaya pada dunia
pentas ciptaan manusia
terlupa pada segala
mengikut nafsu semata
membiar syaitan beraja
di hati dan juga jiwa
mengejar dunia penuh debu dosa

teguhkanlah iman dalam diri
moga dikau akan merasai
betapa indah nikmat ilahi
dan yakin kau akan dirahmati
harus kau percaya dengan pasti
dunia tidak kekal abadi
hanya menguji cekalnya hati
sebagai khalifah yang sejati

terpedaya pada dunia
pentas ciptaan manusia
terlupa pada segala
mengikut nafsu semata
membiar syaitan beraja
di hati dan juga jiwa
mengejar dunia penuh debu dosa

teguhkanlah iman dalam diri
moga dikau akan merasai
betapa indah nikmat ilahi
dan yakin kau akan dirahmati
harus kau percaya dengan pasti
dunia tidak kekal abadi
hanya menguji cekalnya hati
sebagai khalifah yang sejati

tak perlu kau meragui
andai teguh keimananmu
pasti bahagia menanti
di akhirat yang abadi
Lirik Allahul Kaafi - Munif Hijjaz, Nasrul Ikhwan, Isma Sane, Shakirin Shah

Lirik Allahul Kaafi - Munif Hijjaz, Nasrul Ikhwan, Isma Sane, Shakirin Shah


اَللهُ الْكَافِى رَبُنَا الْكَافِى
قَصَدْنَا الْكَافِى وَجَدْنَا الْكَافِى
لِكُلِ كَافٍ كَفَانَا الْكَافِى
وَنِعْمَ الْكَافِى اَلحَمْدُ لِلهِ
 
اَللهُ الْكَافِى رَبُنَا الْكَافِى
قَصَدْنَا الْكَافِى وَجَدْنَا الْكَافِى
لِكُلِ كَافٍ كَفَانَا الْكَافِى
وَنِعْمَ الْكَافِى اَلحَمْدُ لِلهِ
 
sudah tahu amalan sedikit
masih lalai urusan duniawi
lupa al-quran lupa mengaji
tanya hati mengapa begini
 
اَللهُ الْكَافِى رَبُنَا الْكَافِى
قَصَدْنَا الْكَافِى وَجَدْنَا الْكَافِى
لِكُلِ كَافٍ كَفَانَا الْكَافِى
وَنِعْمَ الْكَافِى اَلحَمْدُ لِلهِ
 
sudah dididik dari kecil
tapi masih kita berdegil
jika jauh dari agama
makin cepat kita ke neraka
 
banyak harta hidup bermewah
apa kata kita bersedekah
berbagi rezeki kan diberkati
pahala berlipat tenang dihati
 
اَللهُ الْكَافِى رَبُنَا الْكَافِى
قَصَدْنَا الْكَافِى وَجَدْنَا الْكَافِى
لِكُلِ كَافٍ كَفَانَا الْكَافِى
وَنِعْمَ الْكَافِى اَلحَمْدُ لِلهِ
Lirik Puteriku Sayang 2022 - Munif Hijjaz

Lirik Puteriku Sayang 2022 - Munif Hijjaz


lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
berpegang pada janji mengabdikan diri

malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
tiada siapa yang akan boleh merampasnya
melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
mahligai syurga itulah tempatnya

malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
tiada siapa yang akan boleh merampasnya
melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
mahligai syurga itulah tempatnya

Lirik Munajat Seorang Hamba 2022 - Munif Hijjaz

Lirik Munajat Seorang Hamba 2022 - Munif Hijjaz


dikala malam sunyi sepi
bani insan tenggelam dalam mimpi
musafir yang malang ini pergi membasuh diri
untuk mengadap mu oh tuhan

lemah lutut ku berdiri
di hadapan mu tangisanku keharuan
hamba yang lemah serta hina
engkau terima jua mendekati
bersimpuh dibawah duli kebesaran-mu

tuhan hamba belum pasti
bagaimana penerimaanmu
dikala mendengar pengaduanku
ku yakin kau tak mungkiri
dalam wahyu yang kau nuzulkan
kau berjanji menerima pengaduanku

dan kau berjanji sudi mengampunkan ku
dari segala dosa yangku lakukan

ampunan mu tuhan
lebih besar dari kesalahan insan
hamba yakin pada keampunanmu tuhan
bukan tidak redha dengan ujian
cuma hendak mengadu pada mu
tempat hamba kembali nanti di sana

dikala malam sunyi sepi
bani insan tenggelam dalam mimpi
musafir yang malang ini pergi membasuh diri
untuk mengadap mu oh tuhan

lemah lutut ku berdiri
di hadapan mu tangisanku keharuan
hamba yang lemah serta hina
engkau terima jua mendekati
bersimpuh dibawah duli kebesaran-mu

ampunan mu tuhan
lebih besar dari kesalahan insan
hamba yakin pada keampunanmu tuhan
bukan tidak redha dengan ujian
cuma hendak mengadu pada mu
tempat hamba kembali nanti di sana
tempat hamba kembali nanti di sana
tempat hamba kembali nanti di sana


 

Lirik Khadijah Cinta Dari Syurga - FINE feat. Munif Hijjaz

Lirik Khadijah Cinta Dari Syurga - FINE feat. Munif Hijjaz


betapa ingin aku seka deraian air mata
berlinangan membasahi bibirnya yang mulia
entah bagaimana rasa kepedihan hatinya
saat mendakap dirimu dingin tak bernyawa

tak dapat ku membayangkan hatinya yang sunyi
melalui hari tanpa mu disisi
waktu berlalu perlahan turut kesedihan
kehilangan cinta sepertimu

khadijah walau kau tiada
namamu basah di bibirnya
nuansa duka jiwa sarat
dibeban rindu

seumur hidupmu dengannya
tak pernah kau tinggalkan dia
sendirian harungi dugaan

tak dapat ku membayangkan hatinya yang sunyi
melalui hari tanpa mu disisi
waktu berlalu perlahan turut kesedihan
kehilangan cinta seperti mu

khadijah walau kau tiada
namamu basah di bibirnya
nuansa duka jiwa sarat
dibeban rindu

seumur hidupmu dengannya
tak pernah kau tinggalkan dia
sendirian harungi dugaan

khadijah dengan penuh kasih
kau pujuk dia yang tersisih
teguhkan jiwa muhammadku
pelindung setia

simfoni cinta dari syurga
pada hati seorang wanita
kau curah hingga ke hujung nyawa
khadijah



 

Lirik Dia Kekasih Allah 2021 - Munif Hijjaz feat. Ust Faizan

Lirik Dia Kekasih Allah 2021 - Munif Hijjaz feat. Ust Faizan

 


malu rasanya mengatakan cinta
kepada dia kekasih allah
kerana dia insan mulia
sedangkan diriku insan biasa

ku pujuk jua hati dan jiwa
meluahkan rasa cinta membara
didalam pujian ucapan selawat
tanda penghargaan seorang umat

selagi upaya ku turuti ajarannya
apa terdaya ku amalkan sunnahnya
moga didunia mendapat berkat
di akhirat sana beroleh syafaat

kerana peribadinya aku terpesona
kerana budinya aku jatuh cinta
rindu ku padanya tiada terkata
nantikanlah daku ditaman syurga

sesungguhnya apa yang ku dambakan
adalah cinta allah yang esa
kerana cinta kepada rasulullah
beerti cinta kepada allah

selagi upaya ku turuti ajarannya
apa terdaya ku amalkan sunnahnya
moga didunia mendapat berkat
di akhirat sana beroleh syafaat

kerana peribadinya aku terpesona
kerana budinya aku jatuh cinta
rindu ku padanya tiada terkata
nantikanlah daku ditaman syurga

sesungguhnya apa yang ku dambakan
adalah cinta allah yang esa
kerana cinta kepada rasulullah
beerti cinta kepada allah


Lirik Kering Sudah Airmata - Munif Hijjaz

Lirik Kering Sudah Airmata - Munif Hijjaz

 


Demi masa telah berlalu
Tidak akan datang kembali
Itulah yang selalu di ingatkan
Semoga jadi pedoman

Jalan lurus tapi berduri
Seringkali kita lalui
Hanyalah iman dan jujur di hati
Menjadi penyelamat diri

Ingin sekali aku bawa diri mu
Melihat kebesarannya
Ingin sekali aku bawa hatimu
Melihat kelemahan mu
www.liriklagumalaysia.com

Kering sudahlah airmata ku
Perit sudah segala bicara
Seperti tiada engkau peduli
Kebenaran di depan mata

Engkau percaya hidup di sana
Tapi keyakinan mu tiada
Walau kering airmata ku ini
Terbuka pintu hatimu

Ya allah

Jalan lurus tapi berduri
Seringkali kita lalui
Hanyalah iman dan jujur di hati
Menjadi penyelamat diri

Ingin sekali aku bawa diri mu
Melihat kebesarannya
Ingin sekali aku bawa hatimu
Melihat kelemahan mu

Kering sudahlah airmata ku
Perit sudah segala bicara
Seperti tiada engkau peduli
Kebenaran di depan mata

Engkau percaya hidup di sana
Tapi keyakinan mu tiada
Walau kering airmata ku ini
Terbuka pintu hatimu

Kering sudahlah airmata ku
Perit sudah segala bicara
Seperti tiada engkau peduli
Kebenaran di depan mata

Engkau percaya hidup di sana
Tapi keyakinan mu tiada
Walau kering airmata ku ini
Terbuka pintu hatimu



Lirik Pemilik Cinta 2021 - Munif Hijjaz

Lirik Pemilik Cinta 2021 - Munif Hijjaz

 


Oh pemilik cinta
Betapa dapat ku rasa
Indahnya bahagia yang mendakap jiwa
Dalam kesepian ku Kau hadirkan dirinya
Peneman menuju syurga

Oh pemilik hati
Sungguh Kau Maha mengerti
Lemah diri ini hidup bersendiri
Dirinya seperti cahaya yang menyinari
Indahnya bak bidadari

Semua persoalan bertemu jawapan
Tiada lagi kebuntuan mengganggu fikiran
Kesyukuran ini melimpah di hati
Betapa agungnya kasih-Mu Ilahi

Kekasih kau penawar duka
Menjadi penguat di jiwa
Walaupun bertalu di uji
Diri mu tetap setia disisi

Oh Tuhan kau yang Maha Tahu
Cintaku padanya tak pernah ku ragu
Ku pinta kekalkan cinta ku
Hanya bersamanya disyurga-Mu

Oh pemilik cinta
Betapa dapat ku rasa
Indahnya bahagia yang mendakap jiwa
Dalam kesepianku Kau hadirkan dirinya
Peneman menuju syurga

Benar ku akui jarang ku lafazkan
Kata-kata penghargaan atas pengorbanan
Namun hanya Engkau Maha Mengetahui
Betapa dirinya amat ku hargai

Kekasih kau penawar duka
Menjadi penguat dijiwa
Walaupun bertalu diuji
Dirimu tetap setia disisi

Oh Tuhan kau yang Maha Tahu
Cintaku padanya tak pernahku ragu
Ku pinta kekalkan cintaku
Hanya bersamanya disyurga-Mu


Lirik Tasbih Bergema Dihari Raya - Munif Hijjaz feat. Ezad Lazim & Maliq Suhaimi

Lirik Tasbih Bergema Dihari Raya - Munif Hijjaz feat. Ezad Lazim & Maliq Suhaimi

 


Syukur ya Allah syukur ya Allah
Syukur ya Allah sujud pada yang esa

Takbir di pagi mulia
Menyambut raya yang menjelma
Lafaz syukur kepadanya
Bergema di seluruh dunia

Sahabat dan keluarga semua merayakannya
Terasa rahmatnya memenuhi buana

Syukur ya Allah syukur ya Allah
Syukur ya Allah sujud pada yang esa
Syukur ya Allah syukur ya Allah
Syukur ya Allah tuhan yang maha cinta

Dalam senang jangan dilupakan
Saudara muslimin serba kekurangan
Sama sama hulurkan bantuan
Pada yang telah pergi doa di kirimkan

Bersama rahmat datangnya uijian
Kepada hamba yang soleh beriman
Yakinlah itu tanda kasih tuhan
Satu peringatan bukan hukuman

Redha dan syukur atas ketentuan
Sampaikan slam tulus keihklasan
Dihari raya hari kemenangan
Mari bersama kita meraikan

Takbir di pagi mulia
Menyambut raya yang menjelma
Lafaz syukur kepadanya
Bergema di seluruh dunia

Sahabat dan keluarga semua merayakannya
Terasa rahmatnya memenuhi buana

Selamat hari raya
Selamat hari raya

Syukur ya Allah syukur ya Allah
Syukur ya Allah sujud pada yang esa
Syukur ya Allah syukur ya Allah
Syukur ya Allah tuhan yang maha cinta

Dalam senang jangan dilupakan
Saudara muslimin serba kekurangan
Sama sama hulurkan bantuan
Pada yang telah pergi doa di kirimkan

Bersama rahmat datangnya uijian
Kepada hamba yang soleh beriman
Yakinlah itu tanda kasih tuhan
Satu peringatan bukan hukuman

Redha dan syukur atas ketentuan
Sampaikan slam tulus keihklasan
Dihari raya hari kemenangan
Mari bersama kita merayakan

Syukur ya Allah syukur ya Allah
Syukur ya Allah sujud pada yang esa
Syukur ya Allah syukur ya Allah
Syukur ya Allah tuhan yang maha cinta

Syukur ya Allah


Lirik Ramadhan Kareem - Munif Hijjaz feat. Zul Rabbani

Lirik Ramadhan Kareem - Munif Hijjaz feat. Zul Rabbani

 


Ahlan wa sahlan ya Ramadhan
Bulan yang sentiasa ku nantikan
Segarkan jiwa ya ng kelelehan
Dalam kesibukan dunia

Hadirmu kusambut penuh rindu
Tasbuih dah tahmid tak henti beralun
Kerana ku tahu bersamamu sarat rahmat tuhanku

Kau lontarkan keinsafan 
Membuka mataku melihat kedhaifan
Insan yang kelaparan 
Mengemis simpati dan ehsan

Nafsu yang sukar mengalah
Dan hati yang mudah terbakar dan meradang
Terdiam kesyukuran dipeluk kesabaran

Marhaban ya Ramadhan
Marhaban ya Ramadhan
Marhaban ya Ramadhan

Di bawah cahayamu kuhidupkan malamku sujud pada tuhanku
Terimalah taubatku rahmatilah diriku wahai Allah yang satu
Kekalkan keihlasan dan rasa kehambaan dengan berkat Ramadhan
Ramadhan kareem, marhaban

Kau lontarkan keinsafan 
Membuka mataku melihat kedhaifan
Insan yang kelaparan 
Mengemis simpati dan ehsan

Nafsu yang sukar mengalah
Dan hati yang mudah terbakar dan meradang
Terdiam kesyukuran dipeluk kesabaran

Marhaban ya Ramadhan
Marhaban ya Ramadhan
Marhaban ya Ramadhan

Di bawah cahayamu kuhidupkan malamku sujud pada tuhanku
Terimalah taubatku rahmatilah diriku wahai Allah yang satu
Kekalkan keihlasan dan rasa kehambaan dengan berkat Ramadhan
Ramadhan kareem, marhaban