Lirik Ada Kau Kisah - Rauzan Rahman feat. Kmy Kmo, Izhar, Issey & Kelana Purba

Lirik Ada Kau Kisah - Rauzan Rahman feat. Kmy Kmo, Izhar, Issey & Kelana Purba



(Kelana Purba)
Bersenjata kekata.

(Issey)
Buat kerja macam-macam,
Dari pagi, sampai malam,
Tapi sayang, seribu sayang,
Takda sapa nak mari pendang,

(Rauzan Rahman)
In masalah, mendatangkan marah,
Lekatkan teliga,
Aku ingin berikan amaran,
Jangan buat heran,
Fakta hidup untuk semua,
Ini misi untuk kebaikan,
Jangan abaikan lagu,
Aku nak kita maju,
Keep it 100 for the crew,
Keep it 100 untuk lu,
Hasil hidup kau jangan buat lena,
Kita maju bersatu,
Kalau gagal terus bangun bina,
Harus laju gerakmu,
Sifat langkah berpadu, usah ragu,
Ada dia orang kisah pasal hal dan masalah lu?
In hidup lu,
Hanya satu untuk lu,
Jadi fikirkan masa depan tu.

(Chorus - All)
Bro, aku dah pergi,
Aku dah bilang,
Kau take percaya, ayy.

(Kmy Kmo)
Gua dah pergi,
gua dah bilang,
lu tak percaya,
apakan daya,
Gua yang pergi,
Gua yang hilang,
itu nescaya kejar kerjaya,
hampir wa mati,
lu nampak senang luaran takkan nampak tapak tapak tak tenang,
walau wa mati,
sementara antara yang terteranya ketara untuk kita hadapi sebelum mati ya fahami,
lembah hina dibina,
untuk dilanggar bijak,
lepas jatuh lu bina,
pelan yang lebih bijak,
dapat satu dibina,
pagarkan dengan bijak,
cantik kata dibina,
berjanji biar bijaksana kalis persepsi luarnya manis dalam bahaya macam pepsi,
wo,
konsepsi wo,
konvensi bro,
yang hati basah perlu mengaji prosesi wo.

(Chorus - All)
Bro, aku dah pergi,
Aku dah bilang,
Kau take percaya, ayy.

(Rauzan Rahman)
Bila masa kau nak in the zone?

(Izhar)
And now aku dah pergi,
Tak payah cari,
Aku sendiri, untuk family
Hidup dan mati, macam fantasi,
Dalam rotasi, takkan berhenti
Mereka nak lumba nak that,
Siapa paling cepat,
Tapi aku still kat sini cepat atau lambat,
Tak suka kejar, tak suka tunggu,
Buat apa saja asal ku perlu,
Jangan cuba alihkan perhatian aku,
Mereka sedang perhatikan aku tahu,
Cakaplah apa itu semua dah tak laku,
Itu semua tak laku

(Rauzan Rahman & Izhar)
Bila masa kau nak in the zone
Bila masa kau nak in the zone
(Ohh yeah)
Bila masa kau nak in the zone
Bila masa kau nak in the zone
(Dah beritahu)
Bila masa kau nak in the zone
Bila masa kau nak in the zone
(Kau taknak dengar)
Bila masa kau nak in the zone
Bila masa kau nak in the zone
(Yeahh)
Aku dah pergi aku dah bilang kau tak percaya
(Oh yeah)
Aku dah pergi aku dah bilang kau tak percaya
(Dah beritahu)
Aku dah pergi aku dah bilang kau tak percaya
(Kau taknak dengar)
Aku dah pergi aku dah bilang kau tak percaya
(Yea yeah)
Lirik Zuhud - Kmy Kmo & Luca Sickta feat M.Nasir

Lirik Zuhud - Kmy Kmo & Luca Sickta feat M.Nasir



(Intro)
Saat serunai menjerit suatu hari nanti,
segala yang di langit dan segala yang di bumi,
yang hidup, yang mati,
yang menyamun, yang bijak,
semuanya akan dibangunkan di padang untuk berarak,

(Pre chorus)
Jadi baik cekal bagus,
terus Zuhud ke bawah,
elak dibakar hangus,
atau dihumban ke kawah,
Jadi baik kekal ragus,
terus menanam ubi,
ramai mengejar fulus lupa sebar saham budi.

(Chorus)
Jadi baik,
Cekal,
Bagus,
Terus,

Jadi baik,
Kekal,
Rakus,
Terus,

Jadi baik,
ZUHUD,
Ke bawah tanam ubi,
Jadi baik,
Berbudi,
Kau untung bukan rugi.

( Kmy Kmo )
Orang dagang dah berlabuh sauh,
sedia siaga di bumi Tuhan,
tenang ku terbang walaupun pun jauh,
Bawa pikulan tugas suruhan,
nafsu digendang diriku jatuh,
mungkin kah kerna ku budak hutan,
emosi senang berang dan patuh,
telunjuk Lakhus pun diturutkan,
yang diturunkan engkau lupuskan,
sahabat kudus tak dikhususkan,
kau pupuskan,
kau putuskan,
yang ditumpukan bukan keperluan,
kekal tumpuan buang kemahuan,
tujuan hidup bagaikan ramuan,
dituang iman jadikan acuan dalam perjalanan bersama panduan,
eh,
bukan hanya cukup lima,
bukan sekadar cukup enam,
mahu rasakan delima di Syurga
iman jangan benam,
kerap lima enam kali,
sehari kita diganggu,
teguh jati diri dari dibelenggu rindu bercandu,
jadi, baik, ZUHUD, ke bawah tanam budi,
bunuh semua ego yang memagar hati budimu,
jadi, baik, sujud walau harta ratus beribu,
berjuta kesan robak rabik hilang kerna budimu,

(Pre chorus)
(Chorus)

(Luca Sickta)
Andam karam waktu dalam salam,
Awan gelap karung kunci dada,
Ragam malam kenal suara tidak,
Dijatuhnya hukum hamba tanpa sua,
Rata-rata jadi patah siku kerna risau hunus pisau bocor saku,
Mata-Mata jadi lali bisu tanpa hirau hangus jiwa dah terpaku,
Kemudi hasrat biar sampai dapat,
Berbudi niat gapai yang tersirat,
Yang bersekutu mula menggerutu bila timbang mutu, masih rujuk buku,
Jadi baik, cekal bagus,
Dari riak, bebal terus,
Jadi bijak kerna ilmu dari menyalak nafsu cemburu,
Jadi baik..

(Bridge)
Larikan nyawa dari,
lancar mulut celupar,
lara wirang sendiri,
lepas mulut celupar,
ringan menanam budi,
hasilNYA usah takut,
dari Maha Pemberi,
pasti nasi di lutut.

(Chorus)
Lirik Sifar (OST Filem Warkah) - Kmy Kmo, Asfan Shah & Tripdisz

Lirik Sifar (OST Filem Warkah) - Kmy Kmo, Asfan Shah & Tripdisz



Verse 1 :

Seperti biasa,
Selepas bangkit dari beradu,
Sudah terbiasa nafas dan degup di atur dulu,
Dah pun selesai,
Yang itu,
Terus ku rujuk,
Kelengkapan didiri serba serbi harus cukup,
Penglihatan yang mana kabur dilekapkan kanta,
Tenaga badan makin uzur dilengkapkan herba,
Dan pada minda,
Minda yang makin bebal nak dikental,
Zikir dan wirid cukup mujarabnya paras kebal,
Nah bekal,
Kan semuanya bila berjalan,
Biar berpayung,
Sebelum berhujan sesalan,
Walau dilambung ombak dunia menguji iman dan,
Taqwa ku kekal teguh tiap kali diuji tuhan,
Kenali pintu halal,
Pagar yang mana haram,
Bijak perlu di akal,
Tak sekadar melaram,
Kembali pada asal,
Fahami hukum alam,
Dugaan tak disangkal,
Datang bermacam ragam.


Verse 2 :

Persoalan ku kerap,
Singgah dibibir ramai,
Apakah dah ditetapkan manusia mudah mamai,
Yang lalai jauh dari jadi khalifah,
Kemudi kapal karam dihanyutkan laut khilaf,
Dan insaf,
Nya datang pun jarang sekali,
Saat diri dihempas rugi baru kucup bumi,
Kan sunyi,
Bila tiada nikmat dipuji,
Dicuci,
Nikmat yang slama ni dikunci,
Dan suci,
Kan lubuk hati dengan ikhlas,
Jauhkan dari sombong riak saat kau dikipas,
Yang rimas,
Yang lemas,
Yang dikilas dibidas,
Semuanya akan hadir bila iman hanya bias,
Harus diakur,
Makin jauh makin hancur,
Bila tanpa mu luluh hati lebur dari luhur,
Jadi ku jujur,
Saat bersama mu tak teratur,
Hidup rapi tak se-rapi seperti asal kau dilentur,


Verse 3 :

Sifarkan dosa,
Tuk sifarkan segala musibah,
Muhibah akan hadir tanpa henti berturut turut
Minda jumud dislaputi lumut disetiap sudut,
Maksum yang semakin susut pulang ke bermukim zuhud,
"Hud ayat enam" kan yakinkan titik soal,
Bilamana pasti datang besar ataupun setimpal,
Lut pada kalam maka yang rugi ditinggal,
Hubungan semanusia lestari takkan kritikal
Lirik Tanah Merdeka - AzamRhadio X Emmjay X YAPH X Kmy Kmo

Lirik Tanah Merdeka - AzamRhadio X Emmjay X YAPH X Kmy Kmo



“tuan..british..british dah pergi..”

“biar..biar mereka pergi,
biar tinggal kita saja disini,
ini tanahair kita! kita yang kena pertahankan!
kita yang akan pastikan,
tanah ini, TANAH MERDEKA!”

EmmJayy
Sayu...
Pilu...
Waktu...
Rindu...

AzamRhadio
Rangka tiada nama,
Rangka-rangka yang tiada beza,
Biar sahutanku diulang,
Biar qiam jasadku pulang.

Takkan pernah goyah,
Selagi kaki jejak tanah,
Aku takkan terlena,
Hingga tanah ini merdeka.

EmmJayy
Langkahku ku teruskan jua,
Pernahku ditinggal mereka,
Takkan aku biar aku terleka,
Ini tanah tumpahnya darah.

Hook
Negaraku..
Tanah tumpahnya darahku..
Negaraku woo..
Tanah tumpahnya darahku..

YAPH
Tanah yang lapang,
Andai kelapangan bisa himpun di padang,
Cara kita buat kita di pandang,
Takda cara lain takda orang lain,
Kalau buat hasil itu bukan main.

Mulanya bersatu,
Empat belas melintang,
Satu suara mungkin pudar sebilang,
Itu sumpah warga berdaulat,
Itu sumpah hidup martabat.

Berpusing roda, beralih masa,
Pusaka warna, pusara nama,
Akulah hamba, si maharaja,
Capai mereka, sampai merdeka.

Cari digali pulang,
Engkaulah tanah air,
Sejengkal jarak mendatang,
Sejengkal jasad ku hadir.

Hook
Negaraku..
Tanah tumpahnya darahku..
Negaraku woo..
Tanah tumpahnya darahku..

Kmy Kmo
Sebelas yang menggalas tugas tugasan utama,
Berbalas bedil bedil taktik bersalin purnama,
Korban bukan kerna nama pertamanya sudah pasti,
Mahu rasakan merdeka bekalan ‘tuk generasi.

Saat meracau dihati
dikilas semangat waja,
Taat yang setia mati demi dirgahayu Raja,
Baja baja patriotik dibidik tusukan sivik,
Jiwa raga yang si cilik ditarik dengan retorik,
Baik,

Di tanah ini juga,
tempat menyongsong arus,
Maka usah dilupa,
usaha waktu tandus,
Ketandusan idea bukan erti dah terkambus,
Terkambus pada mata hanyalah seperti kabus.

Kabusnya pasti hilang,
bukan bersilang panggung,
Kumulusnimbus bilang semua kuasa Maha Agung,
Biar puas berjuang,
elak dahaga sanjung,
Biar sediakan ruang lepas merdeka dilaung.
Lirik Nekad (OST The Seventh Flower) - Kmy Kmo & Luca Sickta

Lirik Nekad (OST The Seventh Flower) - Kmy Kmo & Luca Sickta



Tapak-tapak makan hari tunggu masa putus tali
Biar luar kaki ayam dalam berbekalkan taji
Lepas purnama mengambang naik merah itu pasti
Mahu ikut nafsu sama atau sambung tidur lagi

Taji nak dituju
Perlukan aturan
Tak nak salah hala pekaka yang dihunuskan
Tidur ku bertapa, Berlayar satu dekad
Bila cukup lapar semua jalan jadi nekad

Jadi nekad, Jadi Nekad,
Bila cukup lapar semua jalan jadi nekad, ( ulang 2x )

Sedekad dah belayar,
Berbakul trapi dah dihadap,
Bagaikan kudrat sepuluh gajah meresap masuk tuk mengadap,
Adaptasi sejengkal sarap,
Permudahkan kau ke perangkap,
Emosi si nafsu nafsi lahap,
Adap asal yang dah ke arab,
Aku rabiah daripada Enam,
Bawa rabiah dalam Bunga Tujuh,
Aku tarbiah siapa berani pejam,
Dengan tarbiah ramai kena suluh mamai miang buluh perindunya Ramai dilibas bak badai Buluh tumpat sadai,
Yang tersadai abai dek memandai,
Kaki intai perangainya murai,
Sidai muka,
Asal pandai dulu muda wangsa,
Sukar intai talam ribu rupa,
Bawa cindai ke muda berbangsa,
Lalu,
Hey,
Sidai rupa,
Pura pura talam dua muka,
Dari muda dia mudah lupa,
Bila sukar boleh bagi suka,
Dia suka,

Tujuh petala bumi dan langit
Dari gunung ke lautan dalam
Pesuruh turun membawa salam
Kalam berkisah segala silam
Uh
Dari lautan ke lembah curam
Kembara bekalnya setia sumpah
Seri iring kemenyan dan setanggi
Membara darah walau titis tumpah
Dendam
Di pendam nafsu
Nahu buta, Nawaitu palsu
Genggam
Di rejam amarah
Bagai keris tanpa arah
Yah
Pantang undur, Dicabar jangan
Lantang jurus, Dijabar tangan
Hulubalang dampingnya rapat
Salah tuju akhirnya ke liang lahad

Kapal layarku tak sangkut tengkujuh
Layar ke samudra berkurung kan tubuh
Senaman rasa jiwa
Fahami rasa jiwa
Lirik Lagu Demi Mu Kekasih - U.A.H feat. Kmy Kmo

Lirik Lagu Demi Mu Kekasih - U.A.H feat. Kmy Kmo



Dari mana lahir dari mana hadir
Dari mana asal semuanya ditinggal
Dari yang di zahir hingga tak dipamer
Dari langkah awal hingga paling afdal

Dari lubuk hati hingga lubuk akal
Dari langkah abdi menuju jalan amal
Ramalan amalan jangan diramalkan
Amalkan amalan mengenal asalkan

Demi mu kekasih terawal terakhir
Aku musafir membawa musafir
Tenangkan jiwa jauh dari khuatir
Kudrat belikat diganti pepasir

Bekalan bersama nanti disana
Inderaloka firdausi miliknya
Hasil berkais saat di dunia
Hasil ku kalis dunia paranoya

Yang sukar itu pasti ganjaran cinta hakiki
Saat diuji bertubi tandanya kasih sejati
Syukur masih ada engkau yang sudi terus perhati
Gerak geri dari masa lampau hingga kini aku menghampiri

Dari mana datang
Tumpuan tujuan hanya itu
Dari yang datang itu
Itulah tumpuan ku

Dari yang selamat
Pulang atau pergi kembali
Yang itu dikemudi ku
Semurni cahya hati

Saat fajar membangkitkan jiwa ku dari kamar bermalam
Saat kelopak mata mata ku terbuka dari terpejam
Susuk tubuh pun sedia siaga
Untukku terus uruskan sesiapa

Dari mana datang
Tumpuan tujuan hanya itu
Dari yang datang itu
Itulah tumpuan ku

Dari yang selamat
Pulang atau pergi kembali
Yang itu dikemudi ku
Semurni cahya hati

Untukmu kekasih abadi
Demi mu kekasih sejati

Dari mana datang
Tumpuan tujuan hanya itu
Dari yang datang itu
Itulah tumpuan ku

Dari yang selamat
Pulang atau pergi kembali
Yang itu dikemudi ku
Semurni cahya hati

Dari yang paling mahmudah
Hinggakan yang paling mazmumah
Ku sekatakan serata
Mekar bak bunga bunga mawaddah
Untuk dibawa pulang
Serap raikan cinta kekasih
Hingga semua menyebar
Rindu mereka
Jadi kekal masih