Lirik Ringgit Berjuta - Spoon

Lirik Ringgit Berjuta - Spoon

Lirik Ringgit Berjuta - Spoon


pernah kita kecap bahgia
menyulam kasih menyemaikan cinta
engkau kucintai, engkau jua kusayangi
kesetiaanku jangan diragui
 
kita pasangan bahagia
kuyakin cinta untuk selamanya
kita merancang tuhan jua menentukan
kita ditakdir tidak bersama
 
runtuh harapan yang dibina
kerana engkau jadi miliknya
bagaikan kaca terhempas ke batu
hancur luluh impian suciku
 
kusedari kedaifan diri
tak selayak berganding denganmu
walau teguhnya cintamu padaku
engkau tak akan menjadi milikku
 
yang kumiliki hanyalah kesucian cinta
kesetiaan yang tiada taranya
harta, pangkat, ringgit yang berjuta
bukan jaminan membina bahagia
 
runtuh harapan yang dibina
kerana engkau menjadi miliknya
bagaikan kaca terhempas ke batu
hancur luluh impian suciku
 
kusedari kedaifan diri
tak selayak berganding denganmu
walau teguhnya cintamu padaku
engkau tak akan menjadi milikku
yang kumiliki hanyalah kesucian cinta
kesetiaan yang tiada taranya
 
kusedari kedaifan diri
tak selayak berganding denganmu
yang kumiliki hanyalah kesucian cinta
kesetiaan yang tiada taranya
harta, pangkat, ringgit yang berjuta
bukan jaminan membina bahagia
 
hanya sekejap nikmat bahagia
cinta kita putus jua akhirnya
padamu jua kuserahkan segala
aku hanya insan yang tak berdaya
cintamu hanyalah sementara