Wednesday, 12 May 2021

Lirik Pulang Raya - Panglima5 x Caramelt Band

 


Hati gembira oh tak terkata
Nak pulang raya jauh di desa
Rasa gembira sedih pun ada
Sebab tahun lepas tak dapat beraya bersama keluarga

Sesak di jalan bulan ramadhan
Menjelang lusa syawal menjelma
Ku harap kita kan dapat beraya berkunjungan 
Bersalaman bermaafan bersama sanak saudara

Oh pulang raya pulanglah kita
Tak sabar hatiku gembira
Oh abang sayang kau mahu kemana
Jalan ini bukan balik kampung saya

Oh tahun ini giliran abang
Tahun lepas punya mana ada kira
Kira ayang punya nak buat macam mana
Tak kira tak kira tak kira balik kampung saya

Dah tak kuasa nak layan awak
Nak balik kampung pun nak bertekak
Saya tak kira apa abang nak kata
Patah balik sekarang juga!

Nak gaduh ke?
Orang nak raya!
www.liriklagumalaysia.com

Pening kepala bergaduh saja
Boleh tak awak jangan mengada
Sedih dan pilu sampainya hatimu
Buat saya begini rupa, kenapa, oh sedihnya

Oh pulang raya pulanglah kita
Tahun ini kita balik kampung saya
Saya tak kira abang hantar saya
Saya nak beraya dekat kampung saya

Oh pulang raya pulanglah kita
Jangan nak mengada ikut abang saja
Saya tak kira abang hantar saya
Tak kira tak kira tak kira balik kampung saya

Baiklah sayang ikutkan saja
Sebelum awak menjadi singa
Kalau dari tadi dengar kata saya
Tak adalah kurang pahala puasa kita berdua
Awak yang mula
Jom balik raya