Saturday, 1 May 2021

Lirik Alkisah Berhari Raya - J-Bond ft Apit Wan Lebo & Chor Azam

 


Verse 1 
Indahnya sungguh meriah suasana
Poket penuh jalan sini sana  
Hai nak duit raya kenalah cukup puasa 
Kalau la tidak sekupang saja
Barulah raya penuh bermakna

Verse 2 
Anaklah dara cantik manis rupanya
Menggosok tudung di pagi buta 
Ramailah ramai datang ke rumah bonda 
Ingin memikat si anak dara 
Bukannya datang untuk beraya . 

Chorus 
Raya telah tiba
Meriahkan lagi suasana
Ucapan di hari raya
Salam lebaran untuk semua

Raya raya kami ucapkan selamat hari raya 
Raya untuk kiteee 
Ini alkisah berhari raya

Solo

Adiklah comel segak dan penuh gaya
Mencapai kuih di atas para
Lemang ketupat sudah pun tersedia
Jemput semua jamu selera
Janganlah asyik berhenpon saja

Lawan meriam di hujung kampung sana
Asap keluar bunyi tak ada
Ziarah beraya dari pagi ke senja
Beramai-ramai naik kereta
Berhati-hati di jalan raya

Raya telah tiba
Meriahkan lagi suasana
Ucapan di hari raya
Salam lebaran untuk semua

Raya raya kami ucapkan selamat hari raya 
Raya untuk kiteee 
Ini alkisah berhari raya