Sunday, 16 October 2016

Lirik Lahad - Fadzli Far East



Sudahkah kita sudah bersedia
Untuk hadapi hari kematian
Jasad terbujur kaki terlunjur
Dan mata pun terpejam tangan berkias

Tinggallah harta anak saudara
Nama dan pangkat tiada guna
Hanyalah amalan yang dibawa bersama
Sebagai bekal bertemu yang esa

Tubuh yang dingin di berikan mandi
Air di jirus berulang kali
Berkapur barus dan air mawar
Serbuk cendana dan minyak atar

Kain dan kapas berwarna putih
Itu pakaian yang telah dipilih
Jasad dikafan berlapis lapis
Diiringi esakan suara tangis

Selesai dikafan dan di sembahyang
Berbaris seorang orang tersayang
Menadah tangan doa dibacakan
Lalu di usung ke perkuburan

Lahad ternganga menuggu mangsa
Nikmat terakhir insan di dunia
Apakah menjadi taman di syurga
Atau kan rebah ke pintu neraka