Lirik Nisbah Dunia - The Voltage Band

Lirik Nisbah Dunia - The Voltage Band

 


Hidup di dalam dunia
Serah segala kepadanya 
Yang mati pergi jua
Yang hidup terus berusaha 
Terus berjuang untuk negara
Martabatkan bangsa dan agama

Inilah hidup di dunia
Yang penuh dengan pancaroba

Hidup susah di dunia
Mungkin kelak senang di syurga
Hidup ini penuh bermakna
Jika sentiasa ingat padanya
Jangan bermusuh sesama kita
Berkawanlah dengan semua
Pelbagai manusia dan rupa 
Saling membantu sesama kita

Inilah hidup di dunia
Yang penuh dengan sandiwara 

Yang cantik dipandang mulia
Yang buruk dipandang hina
Yang kaya dibangga-bangga
Yang miskin dikeji mereka
Yang puji diagungnya
Yang menasihati dimakinya
Yang paling banyak berkata
Itulah manusia durjana
Durjana
Sifatnya durjana

Hidup di dalam dunia
Serah segala kepadanya 
Yang mati pergi jua
Yang hidup terus berusaha 
Terus berjuang untuk negara
Martabatkan bangsa dan agama
Hidup susah di dunia
Mungkin kelak senang di syurga

Inilah hidup di dunia
Yang penuh dengan sandiwara