Lirik Dalil Cinta - Rabithah feat. Fitri Haris

Lirik Dalil Cinta - Rabithah feat. Fitri Haris

 


Ke hadapan diriku
Di hari kemudian
Apa khabar dirimu?
Tertanya ku bagaimana

Apakah kau berduka
Hadapi hari itu?
Masihkah ingat dahulu
Duka sama pernah dirasa?

Saat itu kau berjaya mengharungi
Walaupun ribuan luka terhiris
Setelah perjuangan itu kau masih berdiri
Hinggalah ke saat ini

Yakin padaku! Ini dalil cinta Tuhan kepadamu 
Kerana luar biasa martabatmu
Lihatlah bagaimana bicara-Nya ini
Agar kau belajar cintai-Nya

Biar tidak terkira 
rungutan batinmu itu
Namun masih tidak terkira
Belas kasih-Nya untukmu

Kadang mudah menuding jari pada yang lain 
Agar kau keluar dari bebanan itu
Dan sekali lagi beban itu tak beralih
Hingga menghantuimu lagi

Yakin padaku! Kau kan lelah mengejar sangkaan manusia
Tak tergapai hasrat setiap mereka 
Tapi selangkah kau mengejar cinta-Nya
Seribu langkah kau kan didekati-Nya

Tak salah mengenang kisah silam
Saat jatuh bangunmu dulu
Kadang atur takdir-Nya sukar dibaca
Hingga wujud dirimu jua dalil cinta-Nya

Yakin padaku! Ini dalil cinta Tuhan kepadamu 
Kerana luar biasa martabatmu
Lihatlah bagaimana bicara-Nya ini
Agar kau belajar cintai-Nya

Yakin padaku! Kau kan lelah mengejar sangkaan manusia
Tak tergapai hasrat setiap mereka 
Tapi selangkah kau mengejar cinta-Nya
Seribu langkah kau kan didekati-Nya


Lirik Lagu Air Mata - Rabithah

Lirik Lagu Air Mata - Rabithah



Seperti biasa
Air mata ku mengalir semula
Tak tahu mengapa
Luka hati ku tak terubat jua

Mengapa diri tidak mengerti
Mampukah aku berubah warna ini

Air mata ku yang telah mengalir
Dan membasahi luka yang hanya sia-sia
Terperangkap dalam mainan jiwa
Hati merintih kerana aku tersiksa

Ku mula tersedar
Betapa ego ku jauhnya tersasar
Ku buta tenggelam
Hanyut bermain difananya dunia

Hingga cinta mu telah ku ragu
Sedang dikau hakikatnya yang ku perlu

Air mata ku yang telah mengalir
Dan membasahi luka yang hanya sia-sia
Terperangkap dalam mainan jiwa
Hati merintih kerana aku tersiksa

Izinkan aku mengangis sekali lagi
Hanya buat mu cinta tiada ganti
Kau setia beri walau ku menjauh
Maafkan aku kasih abadi

Air mata ku yang telah mengalir
Dan membasahi luka yang hanya sia-sia
Terperangkap dalam mainan jiwa
Hati merintih kerana aku tersiksa

Air mata ku yang telah mengalir
Dan membasahi luka yang hanya sia-sia
Terperangkap dalam mainan jiwa
Hati merintih kerana aku tersiksa