Lirik Laila Majnun - One Path feat. Nazrey Johani

Lirik Laila Majnun - One Path feat. Nazrey Johani


(one path)
bila berputik rindu
ibarat api di kalbu
yang membakar seluruh
taman cinta jadi abu

(one path)
biar derita dirasai
terseksa kerana kasih
peritnya majnun nikmati
menjadi indah di sanubari

(nazrey johani)
dunia bersaksi akan kisahnya 
bukti dahsyatnya cinta si gila
segalanya pada laila indah  
lebih dari dunia seisinya

(one path)
kasih selain laila
hanyalah metafora cinta

(one path)
andaikan cintanya sang hamba
umpama majnun bercinta 
bagaimana rasa digambar
kerna rindu tak berbahasa

(nazrey johani)
tuhan, kurniakan aku zouq rindu
hingga aku buta selain dzat-mu
pinta ku basah lidahku selalu
zikir di bawah minda sedarku

(nazrey johani)
dunia bersaksi akan kisahnya
si laila majnun hangat bercinta
betapa cinta sesama manusia
terasa sekelumit cinta luar biasa

(one path)
kasih selain pencipta
hanyalah metafora cinta
Lirik Sebenarnya Cinta - Nazrey Johani & Ariff Bahran

Lirik Sebenarnya Cinta - Nazrey Johani & Ariff Bahran



Sebenarnya cinta yang abadi
Cinta yang tiada bertinta
Sebenarnya cinta yang teragung
Cinta yang tiada suara

Kerana dalam cintamu
Tiada lagi permintaan
Kerana dalam rindumu
Tiada lagi penantian

Sesungguhnya bila tingkat rasa
Hatimu menjadi kosong
Sesungguhnya bila matamu
Hanya melihat cahaya yang terang

Sesungguhnya bila tiada lagi
Engkau melihat dirimu

Sesungguhnya bila tingkat rasa
Hatimu menjadi kosong
Sesungguhnya bila matamu
Hanya melihat cahaya yang terang

Sesungguhnya bila tiada lagi
Engkau melihat diri mu

Oh Tuhan inilah cinta yang ingin ku miliki
Oh Tuhan inilah rindu KU mahu ada didalam Hati ku
Oh Tuhan ku mahu rindu peluklah aku dalam kasihMu
Peluklah aku dalam Kasih Mu
Lirik Iman Mutiara 2019 - Nazrey Johani

Lirik Iman Mutiara 2019 - Nazrey Johani



Iman adalah mutiara
Di dalam hati manusia
Yang meyakini Allah
Maha esa, maha kuasa

Tanpamu iman bagaimanalah
Merasa diri hamba padanya
Tanpamu iman bagaimanalah
Menjadi hamba Allah yang bertaqwa

Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual-beli
Ia tiada di tepian pantai

Walau apapun caranya jua
Engkau mendaki gunung yang tinggi
Engkau berentas lautan api
Namun tak dapat jua dimiliki
Jika tidak kembali pada Allah

Jika tidak kembali pada Allah