Lirik Legenda - MonoloQue, Orkes Gamelan Pahang Di Raja

Lirik Legenda - MonoloQue, Orkes Gamelan Pahang Di Raja

 


kaulah satu satunya
di antara berjuta
insan teristimewa
 
patah tak tumbuh lagi
hilang belum berganti
kerana kau tersendiri
 
sebutir bintang di angkasa
sinarnya mempesona
sebutir bintang di taman seni
cahayanya berseri
 
biar bertahun masa beredar
satu wajah satu nama takkan pudar
 
tetap jelas di ruang mata
setiap gerak gaya
bergetaran merdu sinar
di persada budaya
 
hingga kini menjadi sebutan
tetap terpahat namamu di ingatan
 
kaulah satu satunya
di antara berjuta
insan teristimewa
 
patah tak tumbuh lagi
hilang belum berganti
kerana kau tersendiri
 
kau kebanggaan kita
kau budayawan bangsa
kau legenda
kau legenda
kau legenda
legenda


Lirik Lagu Langgar Lari (Ke Seberang) - Monoloque

Lirik Lagu Langgar Lari (Ke Seberang) - Monoloque



Bidan terjun tersohor lagi
Ke mana selepas ini
Samseng kerajaan gergasi dunia
Lepak skali minum kopi

Malam masih muda
Hisap darah muda
Bidadari kota

Tepat 12 malam
Telah pun tiba
Pelesit-pelesit pun keluar

Terima kasih kerana
Memberi perhatian semasa aku menyanyi
Dengan penuh perasaan
Dan jiwa raga

Walaubagaimanapun saya
Tetap saya
Walau berjuta kali paksa
Untuk berubah

Ikan duyung jumpa nenek kebayan
Takkan lari gunung dikejar
Anak toyol kembali dari kota
Mengadap sultan bunian

Malam masih muda
Hisap darah muda
Bidadari kota

Oh ramai hantu
Duduk bawah lampu
Itu kehidupan hutan batu

Terima kasih kerana
Memberi perhatian semasa aku menyanyi
Dengan penuh perasaan
Dan jiwa raga

Walaubagaimanapun saya
Tetap saya
Walau berjuta kali paksa
Untuk berubah

Langgar
Langgar lagi
Langgar
Langgar lari