Lirik Niskala Suaka - K.O.I
K.O.I[achoi - (k.o.i) niskala suaka]
kera di hutan rimba disusukan
cucu di teratak kebulur kelaparan
tiga warna tujuh jiwa sumpah setia
putih merah sifat niskala suaka
masa ruang waktu tempat mana dia berlaku
putih sama biru merah pekat dah membeku
tarik warna kuning ikat tengkuk tali anjing
kucing lawan kucing hanya mahu satu loceng
warna ungu, putih halus, jalan salah yang terlanjur
kena ingat susun atur bawa dalam susur galur
mana dia anak bawah yang menyanjung tunduk muka
kini apa yang ada hanya tubuh ditimbus tanah
waktu muda mendabik dada
meninggi bahu melanggar semua di depan mata
kejar kuasa sampai sanggup menunggu tahun
kejar nama sampai sanggupnya anak dihukum
tempatnya ditukar di ingat seketika
untuk bawa anak anak buah makan besar
al maklumlah arwah baik orangnya
suka tolong sama kita untuk tangkap ikan besar
kera di hutan rimba disusukan
cucu di teratak kebulur kelaparan
tiga warna tujuh jiwa sumpah setia
putih merah sifat niskala suaka
mula dari alif sampai ya ku kebal
sentiasa positif, kitab aku tebal
tiga puluh khatam, tanya pada khadam
memangku pendendam cuma suka diam
amokku di pendam kalau tak ku tendang
mereka main tikam, depan dan belakang
setinggi mana pun, memang tiada ampun
walaupun serumpun, masih pilih daun
ey, meneraju ke alam baru
terus humble la kalau nak maju
jangan mendongak buat tak malu
terasa hebat bertindak melulu
bila menangis mencari bahu
update media nobody bantu
dikecam beramai terus membisu
zaman dia lain, generasi kita berbeza
kau masih berlampin, minum susu tin sambil baring, oh selesa
serumpun bak serai, sesusun bak sirih
macam ombak di pantai bersama pasir berkasih
kera di hutan rimba disusukan
cucu di teratak kebulur kelaparan
tiga warna tujuh jiwa sumpah setia
putih merah sifat niskala suaka
kera di hutan rimba disusukan
cucu di teratak kebulur kelaparan
tiga warna tujuh jiwa sumpah setia
putih merah sifat niskala suaka