Lirik Zaman Merdeka - YAPH x Mortal X Rxf Rhaled x Fahmi Anuar x EmmJay

Lirik Zaman Merdeka - YAPH x Mortal X Rxf Rhaled x Fahmi Anuar x EmmJay


(hook)
ku lalui jalan ini
walau sukar ku bangkitnya sendiri
takkan hilang jiwa mudah
biar tumpah darahku kan setia

(mortal)
yah rujuk semua singgahsana
beban rakyat belantara
wujud kuasa di antara
jelata dan yang ada di angkasa
berat di bahu angkara
bila salah cara kita bicara
salah cakap dipenjara
adakah kebebasan bersuara

apa yang membezakan sini dan sana di mata dunia
apabila sentimen agama dan kaum sering diperguna
atau adakah kita masih dalam cengkaman si peneroka
pencakar langit buat sembunyi rahsia dalam belukar

bermuka muka si ular bercabang dua sering bertukar
saling berganti kulit biar selesa ikut cuaca
keadaan semasa sentiasa sama jika tidak berubah
jadi siapa yang nak dipersalahkan lagi kalau bukan kita

jadi bangkit anak muda 
jangan lagi diperguna
anjakan paradigma bila bersua bertukar idea
buktikan pada dunia
hidup paksikan 5 tiang bukan 3 penjuru
biar mata memandang percaya pada yang satu

(rxf rhaled)
biar mati jasad aku,
biar takdok hasad aku,
biar hari ku kiro saat nobat martabat ku,
tanoh serendah sekebun bungo,
melayu ku segar tanoh merdeka, bakpo tok sedar,

berkoba-koba launge merdeka bergemo,
tumpoh darah demo tue tuk generasi kito,
setiap perjuange berbakti tuhe jadi saksi,
doa diiringi mogo allah merahmati,

(fahmi anuar)
lepas satu-satu kaku, buntu cemas hilang waktu,
nawaitu yang dulu penuh kertas sekarang debu abu,
katanya merdeka, kita yang terleka layar cerita gembira tapi dibawah masih derita,
jejak lihat kiri aku ha, lihat kanan aku,
tragis catu di kota penuh lampu hantu bantu,
yang sudah terang, terang lagi bersuluh,
yang bermatian kerja keras hanya nangis peluh,
berselok-selok saku nipis koyak rabak,
merdeka? tapi soal siapa yang tamak,
berpeluh-peluh jiwa yang mengigil mencari konklusi,
solusinya cuma yang ada duduk dikerusi,
yang dijuangkan, peluang , ruang, julang, uwang
dulang yang mengering gundah gulana bimbang, hilang,
jiwa mengharung tarung jasad bangkit sendiri,
ku nyanyikan negaraku untuk kekal berdiri.

(emmjay)
sesak dada menahan rasa,
sesak jiwa bersalah,
anak kecil meronta hiba,
yang dewasa merana,

berapa kali kah berserah,
yang berkuasa tidak merasa,
dimnata semuanya sempurna,
yang nyata tiada pasrah,

ungkapan ucapan terucap indah,
bertimbun berjanji sumpah,
dipertontonkan sempurna,
yang nyata cacat berjela,

tidak bewarna kehidupan,
tidak berdarah kesakitan,
ku lalui jalan ini
walau sukar ku bangkitnya sendiri
takkan hilang jiwa mudah
biar tumpah darahku kan setia
 
Lirik Tanah Merdeka - AzamRhadio X Emmjay X YAPH X Kmy Kmo

Lirik Tanah Merdeka - AzamRhadio X Emmjay X YAPH X Kmy Kmo



“tuan..british..british dah pergi..”

“biar..biar mereka pergi,
biar tinggal kita saja disini,
ini tanahair kita! kita yang kena pertahankan!
kita yang akan pastikan,
tanah ini, TANAH MERDEKA!”

EmmJayy
Sayu...
Pilu...
Waktu...
Rindu...

AzamRhadio
Rangka tiada nama,
Rangka-rangka yang tiada beza,
Biar sahutanku diulang,
Biar qiam jasadku pulang.

Takkan pernah goyah,
Selagi kaki jejak tanah,
Aku takkan terlena,
Hingga tanah ini merdeka.

EmmJayy
Langkahku ku teruskan jua,
Pernahku ditinggal mereka,
Takkan aku biar aku terleka,
Ini tanah tumpahnya darah.

Hook
Negaraku..
Tanah tumpahnya darahku..
Negaraku woo..
Tanah tumpahnya darahku..

YAPH
Tanah yang lapang,
Andai kelapangan bisa himpun di padang,
Cara kita buat kita di pandang,
Takda cara lain takda orang lain,
Kalau buat hasil itu bukan main.

Mulanya bersatu,
Empat belas melintang,
Satu suara mungkin pudar sebilang,
Itu sumpah warga berdaulat,
Itu sumpah hidup martabat.

Berpusing roda, beralih masa,
Pusaka warna, pusara nama,
Akulah hamba, si maharaja,
Capai mereka, sampai merdeka.

Cari digali pulang,
Engkaulah tanah air,
Sejengkal jarak mendatang,
Sejengkal jasad ku hadir.

Hook
Negaraku..
Tanah tumpahnya darahku..
Negaraku woo..
Tanah tumpahnya darahku..

Kmy Kmo
Sebelas yang menggalas tugas tugasan utama,
Berbalas bedil bedil taktik bersalin purnama,
Korban bukan kerna nama pertamanya sudah pasti,
Mahu rasakan merdeka bekalan ‘tuk generasi.

Saat meracau dihati
dikilas semangat waja,
Taat yang setia mati demi dirgahayu Raja,
Baja baja patriotik dibidik tusukan sivik,
Jiwa raga yang si cilik ditarik dengan retorik,
Baik,

Di tanah ini juga,
tempat menyongsong arus,
Maka usah dilupa,
usaha waktu tandus,
Ketandusan idea bukan erti dah terkambus,
Terkambus pada mata hanyalah seperti kabus.

Kabusnya pasti hilang,
bukan bersilang panggung,
Kumulusnimbus bilang semua kuasa Maha Agung,
Biar puas berjuang,
elak dahaga sanjung,
Biar sediakan ruang lepas merdeka dilaung.