Saturday, 1 May 2021

Lirik Baju Raya - Floor 88

 


Baju raya jatuh longkang hilang pula
Apa dia apa dia ahha tak tahu
Kita jahit jelah baju raya kita
Apa dia apa dia ahha tak tahu
 
Habis engkau nak pakai apa
Baju tahun lepas punya
Ketat sendat macam nangka
 
Hei bulan puasa makan kena jaga
Kau melantak tak ingat dunia
 
Ku nak buat macam mana
 
Kita pakai kain langsir alas meja
Apa dia good idea ahha tak tahu
Kita pinjam mesin jahit aunty punya
Apa dia mesin apa ahha tak tahu
 
Amir ambik kain Akram gunting kain
Eric jahit kain kau berdua ambik mesin
Kau buat apa takkan duduk diam sahaja
Aku pantau jadi supervisor
 
Yadiee jalan dah
 
Di malam raya
Kita jahit baju raya sama-sama
Dah nasib kita
Baju raya dah tak ada sedihnya
 
Aku dah kata
Jangan bagi dia ambik baju raya kita
Kan dah terkena
Baju raya jatuh longkang
Bunyinya
Kuang kuang kuang kuang kuang kuang
 
Malam begini
Pedih mata tak tidur lagi
Esok nak solat raya
Takut terlajak sampai senja
 
Kau berbunyi lagi
Ada jugak yang makan kaki
Dah jangan nak bising
Aku lapar
Pergi dapur kau masak sardin
 
Baju raya takda
Ouh punah semua
Habis duit sudah
Aku tempah baju raya
 
Baju raya kita
Langsir alas meja
Nak buat macam mana
Buat sampai siap sudah
 
Di malam raya
Kita jahit baju raya sama-sama
Dah nasib kita
Baju raya dah tak ada
Sedihnya
 
Aku dah kata
Jangan bagi dia ambik baju raya kita
Kan dah terkena
Baju raya jatuh longkang
Bunyinya
Kuang kuang kuang kuang kuang kuang kuang
 
Baju sudah siap akhirnya
 
Dei, butang baju mana da…