Thursday, 1 April 2021

Lirik Tersingkap Kini Rahsia Tersembunyi - Kulit

 


Tersingkap kini rahsia tersembunyi 
Yang tak pernah lagi ku ketahui 
Baru kini aku menyedarinya 
Takku sangka kau telah dimiliki 

Sungguh kejamnya engkau bersandiwara 
Dengan lagu nan mainan cintamu 
Sehingga aku terpesona keasyikan 
Di dunia impian ciptaan mu 

Mengapa dulu tak berterus terang 
Yang dirimu kini telah berdua 
Dan diriku kau anggap persinggahanmu 
Untuk melepaskan kesepian mu 

Kaulah insan bertopeng kepuraan 
Kecuranganmu menghiris hatiku 
Kembalilah pada yang menantimu 
Dia yang harusnya engkau cintai 

Tak tergamak hati ini 
Meyakiti insan sepertimu 
Jangan cuba kau merayuku 
Tertutup sudahlah hatiku 

Maafkan diriku biar dunia tentukanmu 
Terus berlagu di pintu hatiku 
Sedangkan aku hanya mampu menjawab 
Salam kasih mesramu oh kekasih 
Antara kita tiada lagi cinta