Monday, 26 April 2021

Lirik Kembali Raya! (OST Warung Konah) - SURIA

 


Sebulan menahan lapar dan dahaga
Kini tiba masa aidilfitri mulia
Jauh dimata dihati tidak ku lupa
Kini pulang yang tercinta mengubat duka
Syukur pada tuhan yang esa

Raya raya aidilfitri buat semua
Gemersik takbir raya mengundang hiba
Sama sama meraih syawal yang tiba
Selamat hari raya aidilfitri

Misteri kampung kita menjadi bual tanya?
Apakah semua akan masih meneka
Dapatkah terungkai semua sebelum raya?
Syawal menjelang mengharap semua gembira

Masih tembak sini tembak sana tak kena
Ada juga menghukum sebelum cerita
Sampai bila macam ini pening kepala
Semua pasti terungkai suatu masa

Walaupunn sekarang jauhnya berbeza
Nikmat hari raya akan tetap terasa
Jauh dimata dihati tidak ku lupa
Walau tak bersua ku kirimkan doa
Syukur pada tuhan yang esa

Raya raya aidilfitri buat semua
Gemersik takbir raya mengundang hiba
Sama sama meraih syawal yang tiba
Selamat hari raya aidilfitri

Raya raya aidilfitri buat semua
Gemersik takbir raya mengundang hiba
Sama sama meraih syawal yang tiba
Selamat hari raya aidilfitri

Kelam malam dalam kalut
Hati tenang secerah awan
Tenang hati rindu bersahut
Mari bersama kongsi kegembiraan

Aidilfiri
Selamat hari raya