Monday, 26 April 2021

Lirik Beban Dunia (OST Projek Anchor SPM) - ceriterra

 


Berpurnama engkau sendiri
Memikul yang kau peduli

Mengejang bahu, kau terbeban
Tega mengekang keluhan

Jerit payah batinmu
Menyapa, jasad lenguhmu,
Mengapa, oh sang mulia
Sebeban dunia
Kau junjung di pundak

Dihadapanmu ku berdiri
Membuktikan ku peduli

Segenap rahsia yang kau simpan
Ayuh kudengar rintihan

Dan kini tubuh hangatku,
Memapah, jasad lenguhmu
Lepaskan, oh sang mulia
Dan beban dunia
Ku jinjing bersama

Dan kini tubuh hangatku,
Memapah, jasad lenguhmu
Lepaskan, oh sang mulia
Dan beban dunia
Ku jinjing bersama

Tak kurelakan kau bertunggal
Kudratku teguh, sandarkan

Hulurkan beban yang kau simpan
Bahuku segar, agihkan

Tak kurelakan kau bertunggal
Kudratku teguh, sandarkan

Hulurkan beban yang kau simpan
Bahuku segar, agihkan

Tak kurelakan kau bertunggal
Kudratku teguh, sandarkan

Hulurkan beban yang kau simpan
Bahuku segar, agihkan