Friday, 23 April 2021

Lirik Aidilfitri Lembaran Baru - Syamel, Ernie Zakri, Ara Johari, Usop, Masya Masyitah & Ruffedge

 


Riangnya dalam hati
Lebaran dah menjelma
Setahun kita nanti
Dengan tabah dan sabar
Walau hidup berbeza tidak seperti dulu
Hari raya mulia ditunggu tua dan muda
Pakaian serba baru walau cuma sederhana
 
Tidak kira siang tidak kira malam
Mencari rezeki aidilfitri sebagai bekalan
Untuk bawa pulang
Demi ayah ibu anak isteri..
 
Dulu gagah dilangit
Kini rebah kebumi
Walau terasa sakit
Masih mampu berdiri
Ibu ayah menanti jauh didesa permai
Dengan terbuka hati menyambut kepulanganmu
Engkau tetap dihati disayang serta dirindu
 
Dihari mulia
Aidilfitri ini
Bukalah lembaran
Serba baru
Hiduplah bersama
Yang lebih bererti
Semoga sempurna segalanya