Friday, 15 May 2020

Lirik Raya Online (OST Syif Malam Raya) - lyssa, Sharif (Zero), Atu (Zero), Saiful (Zero), Syahmi Sazli, Asif Suhaimi, Yoe Parey, Daniel (Lawak Solo)



Sebulan kita berpuasa
Tibalah syawal yang mulia
Hantarkan whatsap pada semua
Say sorry be happy forever

Duit raya sedekah jangan lupa
Tiada sampul online pun boleh juga
Dosa kering dan salah dimaafkan
Hari raya hari yang dinantikan

Lebuh raya pasti sesak
Gunalah waze dengan bijak
Pandu cermat jangan lena
Hashtag drive safe balik raya

Ayuh, upload ig facebook twitter
Hashtag selamat hari raya
Come on, sama-sama bergembira
Hashtag selamat hari raya

Di bawah langit yang berseri
Terbitnya fajar dinihari
Apalah guna bersendiri
Bersama sambut aidilfitri

Telah tiba syawal yang dimuliakan
Kini tiba hari yang dinantikan
Gema takbir memuji kebesaran
Bersamalah bersalam bermaafan

Bersinarlah bercahaya
Gemerlap lampu pelita
Ketupat dodol lemang dan rendang
Tua muda senyum riang

Dalam senyum mesra ada tawa
Rindu kasih rasa cinta
Jangan lupa pada yang esa
Syukur nikmat hari raya

Dalam senyum mesra ada tawa
Rindu kasih rasa cinta
Jangan lupa pada yang esa
Syukur nikmat hari raya