Tuesday, 19 May 2020

Lirik Moh Beraya - Dato Jamal Abdillah, Shiha Zikir, Peja & Friends



Ate dah umum esok hari raya
Selesai sebulan berpuasa
Nak balik kampung nak naik apa
Banyak mentoka di lebuhraya
Nasib keretapi laju dah ada
Hey

Sulaman songket si anak dara
Berkain batik baju kebaya
Wahai cik abang adik bertanya
Baju raya (udah beli)
Warna apa (bute warna)
Kalau sama mungkin jodoh kita

Takbir bergema terasa sayu
Dalam perjalanan pulangku
Wajah yang tercinta ayah dan bonda
Bermain main di mata

Selamat pulang ke kampung halaman
Salam lebaran kita raikan
Aidilfitri yang paling ceria
Moh ke perak kita beraya

Takbir bergema terasa sayu
Dalam perjalanan pulangku
Wajah yang tercinta ayah dan bonda
Bermain main di mata

Selamat pulang ke kampung halaman
Salam lebaran kita raikan
Aidilfitri yang paling ceria
Moh ke perak kita beraya

Selamat pulang ke kampung halaman
Salam lebaran kita raikan
Aidilfitri yang paling ceria
Moh ke perak kita beraya