Tuesday, 19 May 2020

Lirik Hari Inikan Oh Hari Raya - Seakan Bintang feat. Kawan-Kawan



Hari raya sudah pun tiba
Tua muda miskin dan kaya
1 syawal sudah bermula
Kunjung mengunjung sanak saudara

Mohon ampun amalan kita
Salah silap harap diterima
Halalkan makan dan minum saya
Sebelum bertemu pada yang esa

Jemput jemput datang ke rumah saya
Ada lemang dan almon london
Kalau rasa tak cukup cakaplah dengan saya
Ada ketupat dik oi
Rasa tak cukup lagi?
Ada rendang dik oi
Hari ini kan hari raya

Selamat hari raya
Selamat hari raya

Setiap tahun akan bertanya
Pada orang yang bujang saja
Engkau bila nak berumah tangga
Semakin tahun semakin tua

Insyaallah ada rezeki
Itulah tanda jodoh ilahi
Susah susah tolonglah cari
Wajah yang ayu agama tinggi

Wahai makcik bolehkah saya tanya
Bila pakcik nak kahwin dua
Kalau anak makcik ada yang anak dara
Kenen kenen cik oi
Saya dah lama bujang
Kenen kenen cik oi
Hari ini kan hari raya

Selamat hari raya
Selamat hari raya

Hati hati bila memandu
Kalau mengantuk berhenti dahulu
Tunggang moto tak usah laju
Nak balik kampung jangan melulu

Pada mereka yang balik kampung
Berhati hati di jalan raya
Kalau driver mulut melompong
Baik berhenti sebelum terkena

Jangan asyik kita nak kejar masa
Kalau tidak tak jadi apa
Balik kampung nanti buat donno saja
Tong tong dik oi
Minyak dah naik harga
Tong tong dik oi
Hari ini kan hari raya

Selamat hari raya
Selamat hari raya
Selamat hari raya
Selamat hari raya