Monday, 14 October 2019

Lirik KGB (Kampung Baru ) - Nico G

Tags
Lirik KGB (Kampung Baru ) - Nico G



AFFA
Masih lagi Kampung Baru
NICO G ni, huh siapa kamu?
Dua dekad bertakhta dah penat merasa
Lama mendiam sekarang dah sampai masa
Aku perhatikan ramai nak perhatian
Mereka rindu Hip Hop NICO G sajikan
Mereka semua dah nantikan
Check kalau nak kepastian
Flow takda tapisan
Tak pernah pilih bulu
Kalau nak style kena rap dulu
Setuju atau pun tidak
Nak perubahan kenapa tak bertindak?
Pesanan untuk budak-budak sekarang
Nak berjaya belajarlah hormat orang
Jalan susah mengajar cara hidup senang
Arusnya pasti deras belajarlah berenang

KORUS
Sapa tak tau confirm berlakon!
NICO G still on track dah berapa tahun!
KL apa cerita kami dari Kampung Baru
Kalau tak jejak mesti pernah lalu
(Ulang)

MD NICO
Duit lama masih ada tapi tetap Kampung Baru
Sekarang naik kapal, dah puas naik perahu
Anak jati KL apa lagi nak buat
Inilah Nasibku tak payah lagi nak soal
Dorang cuba sembang pasal pengalaman
Tak sedar kenyataan masih aku nyatakan
Ombak cabaran aku ratakan,
Lain orang lain makanan
Tak layan perasaan
Tanggungjawab aku hartakan
Doa geng-geng semua jadi hartawan
Ini kampung minum kopi dekat halaman
Hasil kerja bukti pangkat dan pengalaman
Semua hak disama-ratakan
Dua kosong satu sembilan masih rap
Tak pernah tinggal ini bukan comeback
Dah puas tengok show kau macam soundcheck
Abang rasa korang clown macam fun fact

KORUS
Sapa tak tau confirm berlakon!
NICO G still on track dah berapa tahun!
KL apa cerita kami dari Kampung Baru
Kalau tak jejak mesti pernah lalu
(Ulang)

DINO G
Anak jantan jaga hormat didik kasar
Sebab aku asal dari kampung tengah bandar
Hidup ada aturan jangan main langgar
Belajar dari silap yang betul takde ajar
Orang bandar ada macam-macam style
Tak kisah bawak motor kayuh basikal
Sedar asal-usul mesti kenal diri dulu
Kenal selok-belok tahu arah yang dituju

MD NICO, DINO G & AFFA
Orang bandar ada macam-macam style
Tak kisah bawak motor kayuh basikal
Sedar asal-usul mesti kenal diri dulu
Kenal selok-belok tahu arah yang dituju