Wednesday, 20 March 2019

Lirik Lagu Kelibat - Viona

Tags
Lirik Lagu Kelibat - Viona



Bertaut sudah hingarnya
Gemalai pudar seusai
Berkecamuk perbahasan yang disulami pedoman
Dan melulu keraguan untuk meneruskan langkah

Berpaut pada hujung tali
Yang makin rapuh dikasari
Berkecaian peraturan yang menjadi landasan
Dan terburu-buru menongkah liku dengan beban yang dipikul bahuku

Beribu tahun ku tunggu
Kelibat di belakang mindaku
Untuk mengundur diri dan
Berlalu tanpa utusan
Berjuta angkasa menunggu khabar berita mataku yang membisu tanpa khabar
Kini kembali menatap sinar

Bersurai gemalai
Yang kini menutup tirai

Dijerut oleh ilham azali yang lali
Dengan gemilang jasa warga tersemadi
Bersahutan gema lama menyempitkan jalan dan
Berderu seruan menunggu saban hari yang memanggil bangkitan asli

Bersurai gemalai
Yang kini menutup tirai
Intai rantai yang terurai
Hingga tenggelam ilai

Beribu tahun ku tunggu
Kelibat di belakang mindaku
Untuk mengundur diri dan
Berlalu tanpa utusan
Akhirnya angkasa mendengar khabar berita langkahku yang maju tepat ke cahaya
Lebih pantas daripada masa
Terus berlari ke arah sinar

Betulkan Lirik