Lirik Lagu Kehadapan Para Pencemar - The Venopian Solitude

Lirik Lagu Kehadapan Para Pencemar - The Venopian Solitude



Kehadapan, angin, yang membawa khabar perit
"Kehilangan takhta si pertiwi!"
Beritahu, aku, dalang berita itu

Dengan tangan berlumur darah, bahgianya kan ku cabul

Kejar, sepantas cahaya, selamatkan si Hawa!
Lari, jangan berhenti, sampai si buas direjami!

Tanam ia, tebu, di tepi bibir
Dengan lakaran senyuman sang pencair
Mudahnya, ia, mencarik daun bebunga
Tinggalkan tangisan kuntum yang terbiar

Lari, sepantas bunyi, daripada pandangan ngeri
Tegar, janganlah gentar, atau kita kan binasa

Gerudilah tengkorak kepala supaya kebodohan yang tersimpan terbang keluar bersama-sama wap kebangangan yang terpendam berkurun lamanya

Apakah wujudnya di fana manusia selemah penjajah yang lari meninggalkan bumi yang dipijak setelah disentak daripada angan oleh pemberontak; tuan tanahnhya?

Kejar! sepantas cahaya! sampai mereka berguling keluar!
"Lari! jangan berhenti! atau kamu kan kami rejami!"
"Pergi! lagi pantas dari bunyi! daripada renungan tajam kami!"
"Bubar! jangan berani bersama! atau cicitmu kan binasa!"

Kehadapan kita yang membawa pulang merdeka
Ambil nafas dalam, berehatlah

Tekan Untuk Komen